Mee Bandung Muar - CIK MIL MILA

Thursday, April 10, 2014

Mee Bandung Muar

Hari yang bersejarah.

Hanya kerana kesilapan kecil, ianya merebak menjadi barah! Sounds serious isnt it? Perkara dah berlaku, bagaimana kita hendak 'deal' dengan situasi ini. Itulah namanya mengurus takdir. Setiap takdir itu, sudah pasti ada hikmah yang Allah hendak tunjukkan. Apa yang terjadi sebenarnya?

Pagi ni, kami semua bangun macam biasa. Suami menyediakan sarapan kuewtiaw goreng. Malah dia sempat ke surau untuk solat Subuh berjemaah. Anak-anak baik. Nurin solat Subuh juga. Saya berhati-hati juga supaya tidak terlewat keluar dari rumah. Saya harus keluar maksimum 7:05 pagi. Jika terlebih waktu itu, memang jem di laluan keluar ke Lingkaran Putrajaya dari taman perumahan saya. Kami keluar tepat pada waktunya, tapi sesuatu telah berlaku.

Jalan sesak, banyak kenderaan tapi tidaklah jem yang sangat teruk. Nurin sampai sekolah tepat pada waktu sebelum 7:20 pagi. Dalam perjalanan menghantar Alya, saya tersedar yang pakaian transit Alya untuk afternoon program tertinggal di rumah. Huwaaa...inilah yang paling saya tidak suka. Siapa yang suka kan, buang masa di jalanan, minyak dan juga tenaga. Walaupun laluan yang sama tapi kalau ada option memang saya tak mahu balik rumah dan keluar semula. Bila tiba di rumah, saya mencari kunci rumah, oh tidak! Kunci pula yang tertinggal dalam rumah. Iya lah, perasan Diva sebab encik suami yang membuka pintu rumah, yang 'start' kan enjin kereta, jadi saya tak teringat langsung kunci rumah dalam handbag lagi satu. Mujur juga saya bawa handphone dan beg duit dalam sling bag saya tu. Seriously, i feel like crying. 

Saya katakan pada Alya;

Mama: Alya nanti mama ambik kunci kat papa, pastu mama hantar kat school eh

Alya: Ok. mama ambik Alya masa ambik kakak tau.

Mama: terus tukar topik lain. :P

Selepas hantar Alya, saya tengok jam baru pukul 7:45 pagi. Suami pun mesti on the way. Saya mati akal tak tahu nak buat macamana. Kemudian saya decide ke medan selera untuk bersarapan. Rasa kecewa sebab tak dapat makan kuewtiaw suami buat yang sedap sangat tu. 

Saya order roti canai dan teh tarik kurang manis. Jarang-jarang makan sarapan sensorang. Tak best ! 







Betul, memang ada hikmah disebalik kesilapan ini. Saya ditakdirkan berjumpa dengan kawan baru saya. Ibu kepada kawan Nurin, Alysa. Ini pertemuan kali ketiga. Kali pertama semasa penyampaian anugerah pelajar, kedua ketika Nurin warded last month, kebetulan Alysa pun warded kerana pembedahan tonsil dan yang ketiga tadi. Subhanallah, banyak yang kami bualkan. Saya sukaaaaa...

Pukul 8:40 macam tu saya gerak ke UPNM. Fuhh....jem sikit depan dekat area rumah tu. Sabar-sabar. 




Masuk highway jalan clear sangat. Tiba di pejabat suami pukul 9:25 pagi. Alhamdulillah. Tak pasal-pasal saya terpaksa bayar tol RM5 hari ini. Minyak kereta jangan ceritalah kan. Tenaga lagi. Anyway, saya dapat sesuatu lagi yang best! tapi biarlah rahsia. Ngeee..Ngada kan. macam ada orang kesah!

Lepas tu zassss balik rumah, perlu singgah kedai runcit untuk cari bahan-bahan buat mee bandung muar. Sebelum isi minyak dulu. Dah blink-blink dah minta diisi. Sampai rumah bersilat lah kita ye. Kelakar je kena google macamana nak buat mee bandung sebab pes yilekkkk... Nasib baik google ni best. Banyak gila resepi. Mudah pula tu kan? Syukur alhamdulillah. Kenapa nak buat mee bandung kan? sebab Nurin request

Ni  nak cerita. Udang 25 ekor. RM11.50. Sekilo RM35.Selama ni tak amik port sebab suami yang beli. Now amik kaw.


Nak resepi tak? Saya pun google je. Tapi menjadi tau. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang share kan tu. Saya tambah tolak juga la resepi ni. Saya tambah kacang tanah yang dikisar. Bagi ummmphh lagi.
Credit: http://www.myresipi.com/top/detail/10603



MEE BANDUNG MUAR

Bahan-bahan ( utk 3-4 org makan )
  • 1 kg mee kuning (di celur dan di toskan)
  • 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
  • 1 labu bawang putih (diketuk)
  • 5 biji bawang merah
  • ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
  • ½ cawan udang hidup 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
  • Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 - 4 cawan air rebusan daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis
  • Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
Cara-cara
  1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
  2. Panaskan sedikit minyak didalam kuali
  3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
  4. Masukkan sos tiram, udang, daging rebus batang sawi ,bahan2 sampingan dan air rebusan daging dan garam
  5. Masak hingga kesemua bahan empuk dan akhir sekali masukkan telur dan kacau perlahan2
  6. Curahkan kuah keatas mee yang telah di letak dalam mangkuk..hiaskan dgn daun bawang dan daun sadri
Ini hasilnya.








Untuk tuan puteri Nurin. Bertambah 3x.



Untuk saya



Lepas makan ni jangan lupa makan Omega Guard sebab tinggi kolesterol. Hua hua.


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: