Gelagat Nurin Alya Fatihah - CIK MIL MILA

Wednesday, April 9, 2014

Gelagat Nurin Alya Fatihah

Syukur tak terhingga kerana sejak beberapa hari kebelakangan ini anak-anak sangat baik dan menepati waktu dan jadual yang diperuntukkan untuk mereka. Alhamdulillah. Kata orang alah bisa tegal biasa. 

Nurin sudah mula bangun seawal jam 5:30 pagi. Kadang-kadang terawal juga. Pagi tadi dia mengetuk pintu bilik saya pukul 4:50 pagi. Mungkin Allah hantar dia untuk mengejutkan saya bertahajud. Sedangkan alarm di handphone sudah menjerit-jerit minta dimatikan. Semalam dia ketuk pintu  pukul 5.10 pagi. Ketika itu saya sedang berkira-kira untuk bangun. Bila mendengar ketukan itu rasanya sangat errr..tak tergambar dek kata-kata.

Saya pesan Nurin untuk tidur semula. Terlalu awal untuknya bangun sementelah semalam agak lewat tidur sekitar pukul 11 malam. Hari-hari biasa pukul 9 malam dia sudah bermimpi bersama adiknya Alya. Biasanya Alya tidur lebih lewat kerana matanya masih cerah. Aktiviti seharian Alya berbeza dengan Nurin kerana Alya punya masa untuk 'napping' di tempat transitnya untuk 2-3 jam. Nurin kepenatan kerana jadualnya penuh sehingga jam 5:35 petang. Syukur aktiviti mereka dipenuhkan dengan aktiviti berfaedah in shaa Allah.

Malam tadi di Masjid Besi
Sebelum tidur malam tadi, saya pesan pada Alya supaya mengingatkan saya tentang borang keahlian Shaklee untuk cikgunya. Alhamdulillah, terbuka pintu hati beliau untuk menyertai saya setelah lebih 5 bulan membeli produk Shaklee dari saya. Penyelarasan harga kepada harga runcit, merugikan dia sekiranya dia tidak join membership kerana dia pengguna setia. Bukan itu sahaja, dia boleh dan layak mendapat bonus tunai sekiranya beliannya melebihi 150UV. 

Kisah pagi tadi pada pukul 7:22 pagi. Ceritanya begini, selepas menghantar Nurin ke sekolah, saya terlupa yang saya tertinggal borang keahlian Shaklee (untuk cikgu Alya) di rumah. Tahu apa reaksi Alya. Dia sangat marah, dan menyuruh saya pulang ke rumah dan mengambil borang itu. Bukan tak mahu pulang ke rumah, tapi keadaan trafik sangat menduga walaupun jaraknya cuma 3 km sahaja. 

Alya: Ala...mama ambiklah borang tu kat rumah

Mama: Malaslah dik. Jem. Nanti lambat.

Alya: Kalau mama tak nak ambik borang tu, Alya tak nak tolong mama ambikkan vitamin Shaklee lagi. Mama buatlah sendiri.(cakap dengan penuh emosi marahh)

Mama: Tak pe lah dik, nanti mama bagi borang tu petang, masa ambik adik kat school nanti.

Alya: Tak nak! ( fuhhh....bergegar kereta dia menjerit sambil menangis)

Mama: Ni sapa yang tokey vitamin Shaklee ni. Mama ke Alya ni?

Haih...demi anak aka tokey Shaklee tersayang, terpaksalah mama singgah rumah dulu sebelum ke sekolah Alya. Bertuahnya anak!

Macam mana tu? 

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: