Tips untuk Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu - CIK MIL MILA

Saturday, October 18, 2014

Tips untuk Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

Yang sebenarnya saya terlupa dari mana saya dapat tips ni. Saya suka tips dia yang mudah dan praktikal untuk kegunaan masa hadapan. Saya tak sabar untuk berbakti pada amanah Allah bulan 3 tahun depan nanti. Semoga Allah memudahkan urusan penyusuan saya. 

Pada mulanya saya save tips ni di draf blogger tapi lupa nak paste link nya sekali. Maaf tidak dapat kreditkan kepada tuan empunya tulisan. Maaf banyak-banyak. Jangan saman saya ye. Sharing is caring kan? Semoga Allah memberi banyak pahala pada beliau.



Antara tips untuk meningkatkan penghasilan susu ibu

  • Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa
  • Periksa jika pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yang membuatkan susu semakin kurang
  • Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buat hyperstimulation atau power-pumping dengan menggunakan pam yang ada double-pumping
  • Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri
  • Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi
  • Bagi bayi yang belum memulakan solid food elakkan suplemen seperti air masak, formula dan jus buah untuk pastikan anak terus menyusu susu badan
  • Si ibu banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan
  • Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan. Bayi yang kenyang akan kurang minum susu
  • Banyakkan minum air masak ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup bagi si ibu
  • Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama
  • Perbanyakkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok
  • Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang.
  • Elakkan penggunaan botol susu ketika anda berada bersama bayi. Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.
  • Elakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit

Saya paste sebiji-sebiji. Sekali lagi maaf ye tuan punya tulisan.

Saya juga mahu menambah tentang vitamin yang disarankan untuk ibu menyusu supaya sentiasa bertenaga untuk melancarkan setiap seisi penyusuan. 

***********************************************************************************

SET PENYUSUAN SHAKLEE


Vitamin C
  • Menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C.
  • Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.
  • Mengurangkan risiko selesema atau demam sepanjang penyusuan untuk ibu dan bayi

B-Complex
  • Menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat.
  • Fungsi lain termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.
  • Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B -Complex untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.
  • Mood yang lebih relaks dan tenang. Bila ibu tenang, penghasilan susu menjadi lebih banyak.

Vita Lea
  • Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
  • Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal.
  • Membantu meningkatkan Hb ke paras normal. Membuatkan ibu sentiasa bertenaga dan tidak lesu
  • Menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian.
  • Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh

ESP
  • Menjadikan badan si ibu lebih sihat, bertenaga, tidak mudah letih dan lesu sekaligus melancar dan mempercepatkan penghasilan susu
  • Menjadikan susu yang dihasilkan lebih pekat dan mengenyangkan, Bayi dapat tidur dengan lebih lena dan tidak kerap bangun malam
  • Kulit si ibu menjadi lebih halus, licin, cerah berseri
  • Menyokong proses penurunan berat badan secara sihat dan semulajadi
  • Membakar kalori dengan lebih efisien
  • Membantu menganjalkan payudara

Alfalfa
  • Alfalfa mengandungi nutrien penting dan vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat
  • Telah digunakan sejak lama sebagai perangsang susu
  • Bekerjasama bersama ESP dalam penurunan berat badan
  • Mengurangkan keputihan dan bertindak sebagai ‘kacip fatimah’ untuk kebahagiaan rumah tangga
  • Mengurangkan alahan, resdung dan asma
  • Berfungsi sebagai detox untuk menyingkirkan toksin
  • Membaiki system pembuangan/ pelawasan

Ostematrix
  • Meningkatkan kadar kalsium dalam badan bagi melancarkan penghasilan susu khususnya bagi ibu-ibu yang mengalami masalah susu merundum ketika period
  • Menyokong tumbesaran tulang dan gigi bayi kerana kalsium akan turut disalurkan kepada bayi melalui susu ibu
  • Menyokong kesihatan tulang dan gigi si ibu serta mengelakkan masalah osteoporosis
  • Mengatasi masalah sakit pinggang, sakit belakang, sendi dan urat saraf yang berpunca daripada posisi penyusuan yang tidak betul, selain kesan penggunaan epidural /morphin sewaktu bersalin
  • Menghindari masalah kaki kebas (cramp)
  • Melawaskan pembuangan najis
  • Membantu tidur yang lebih lena dan membuatkan si ibu lebih mudah untuk bangun pada keesokan harinya dan tersenyum lebar untuk si kecil dan keluarga tersayang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk saya dan juga anda semua. Selamat menikmati dunia penyusuan!


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: