Throwback : Homemade Pavlova - CIK MIL MILA

Sunday, October 19, 2014

Throwback : Homemade Pavlova

Haaa... tengah cari idea nak update blog sambil-sambil jenguk dropbox tetiba jumpa pula gambar pavlova ni. 
 

Rasanya belum pernah up kat mana-mana. Masa tu belum tahu pregnant, bulan puasa pula tu. Dan lagi... banyak sangat lebihan telur putih sebab saya mengambil tempahan almond london yang resepinya hanya menggunakan telur kuning. Tak susah pun buat pavlova ni. Cuma perlukan teknik. Tapi rasanya ni second attempt saya kot buat meringue. Tak berapa nak ingat. Krimnya pula pakai yang instant kat supermarket. Tu yang nampak messy dan sedikit cair.
Tapi rasa tetap superb. Ceh...masuk bangkul angkat sendiri. Yang jadi superb tu sebab buah-buahan tu sedap. Masam-masam dan digandingkan dengan meringue yang manis. Tak cantik pun tak pe la. Sendiri makan je kan?

Kalau nak sedap (menurut kata seorang kawan) buatlah sendiri fresh krim tu. Saya tak rajin sebab tak jumpa bahan yang sesuai. Masa tu sibuk dengan tempahan almond london mana nak fikir benda lain.Resepi ni ada banyak kat internet. Pilih yang mana berkenan di hati ye.. terus terang saya tak ingat saya ambil resepi ni kat mana. Tapi... yang ini pun okay. 


Pavlova
4 putih telur
1 1/4 cawan (210g) Gula Caster
1 sudu teh jus lemon
1/2 biji lemon zest
2 sudu teh tepung jagung
Buah-buahan campuran

Pastry Cream
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula caster
3 kuning telur
1/4 cawan tepung jagung
1 sudu teh vanilla essence
2 sudu besar mentega Hiasan/Tambahan (Ikut citarasa sendiri)
Apricot jam (dicairkan untuk bubuh diatas buah-buahan)
Gula icing

Cara-cara membuat Meringue
1. Gunakan whisk, pukul 4 putih telur sehingga berbuih.
2. Masukkan gula castor dan tepung jagung sedikit demi sedikit, dan percepatkan gerakan/pukulan tangan.
3. Pukul sehingga sebati dan tidak jatuh daripada bekas sekiranya diterbalikkan.
4. Sediakan ‘baking paper‘ diatas ‘baking tray‘.
6. Gunakan ‘spatula’ dan muatkan adunan meringue ke atas ‘baking tray‘ dalam bentuk bulat/sarang.
7. Bakar selama 1 jam suhu 150C.
8. Hasil akhirnya seharusnya kekal berwarna putih.

Hasil Meringue Saya (amatur yang buat)



 Cara-cara membuat Pastry Cream

1. Gunakan saucepan yang besar, adunkan susu dan separuh dari gula yang disediakan. Mendidihkan diatas api sederhana.
2. Dalam bekas, pukul kuning telur bersama baki gula, tepung jagung sehingga rata menggunakan whisk dalm masukkan dalam adunan susu apabila mendidih sedikit demi sedikit supaya tidak termasak kandungan telur tersebut. Jangan berhenti mengacau adunan supaya tidak menjadi ‘scramble eggs‘ atau menjadi kerak di bawah saucepan.
3. Bila adunan mendidih dan pekat, jauhkan daripada api. Masukkan vanilla essence dan kacau semula.
4. Guna bekas yang ada penutup supaya tidak menimbulkan ‘kulit’ kepada adunan ini.
5. Simpan dalam peti ais hingga diperlukan.



Hasil Fresh Krim di Supermarket (muahahahhaa)



Buah-Buahan Favourite Saya



Hasilnya.... tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa ... seperti di atas. LOL. Tak surprise langsung!




 Simple je kan? Selamat mencuba ye. Jangan gelakkan pavlova saya tau.

Selepas kejadian pavlova ni, saya tak buat lagi dah. Sebab untuk pavlova yang sedap dan meringue yang rangup memerlukan kandungan gula yang tinggi. Yang pastinya tidak elok untuk saya dan seisi keluarga. Kalau teringin sangat beli je la kat bakery. Yang pasti my favourite Serai!



Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: