Forum: Syafaatkan Kami Ya Rasullullah - CIK MIL MILA

Sunday, October 19, 2014

Forum: Syafaatkan Kami Ya Rasullullah

Malam tadi saya dan keluarga berjaya meluangkan masa ke majlis ilmu anjuran surau taman perumahan saya. Surau Amanputra. Memang dah lama sangat saya pasang niat untuk istiqamah mengimarahkan surau dan secara langsung menimba ilmu di dada supaya saya dan keluarga lebih terarah kepada kebaikan. Tak semua impian dan harapan akan tertunai dengan mudah. Perlu ada pengorbanan hatta untuk meluangkan sedikit masa untuk menuntut ilmu. Itu yang saya kata saya berjaya sunggupun pada orang lain apa lah sangat... Oh tidak... bukan mudah juga. Banyak halangannya. Tapi saya tak akan menyerah kalah tanpa berusaha.



Forum ini sangat menyentuh jiwa siapa sahaja yang mendengarnya. Hampir 2 jam juga forum ini berlangsung. Ia bermula dengan solat Maghrib, forum, solat Isyak berjemaah dan sedikit jamuan ringan.

Menitis juga air mata saya tentang kisah Rasulullah. In shaa Allah, jika diizinkan akan saya kupas apa yang dengar dan faham dalam entry yang berasingan. Agak panjang juga. Yang pasti kita banyak-banyaklah berselawat ke atas junjungan nabi Muhammad SAW.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،



Kelebihan Selawat:

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.

Sabda Nabi SAW:

(الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ)
Maksudnya: “Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. Sahih].

Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.
Sepanjang forum di dalam surau, kami semua duduk di bawah. Situasi biasa lah kan. Cabarannya saya ni kan mengandung. Perut saya ni lebih besar dari usia kandungan. Hehe. Maklumlah... ada lemak lemak sekali. Jadi ada rasa ketidakselesaan di situ. Sebenarnya, ada disediakan kerusi di luar surau dan kami boleh melihat skrin besar untuk melihat dengan lebih jelas. Tapi tak syoklah sebab tak berhadapan secara live dengan panel-panel hebat yang dihormati. Kan lebih baik face to face. Ilmu pun sampai lebih direct.

Mula-mula tu okay je. Dah setengah jam kaki saya dah rasa kebas kebas. Tukar posisi sekejap. Setiap 15 minit sekali saya tukar posisi kaki. Sekejap lagi usap-usap perut sebab perut dan mula mengeras. Astagfirullah.. tapi tangan tetap menyalin bait-bait yang keluar dari mulut panel. Saya salin guna handphone saya. Sekarang kan dah canggih. Guna aja lah apps yang bersesuaian. Kalau boleh tak nak satu pun yang tertinggal.  Tak kisahlah orang kata apa dalam surau dengar ceramah pun main boleh handphone. Alah... biarlah Allah yang menilai. Saya tahu apa yang saya buat. Yang pasti, kesian orang sebelah kiri kanan saya mungkin tak berapa selesa apabila saya asyik sibuk tukar posisi kaki.

Inilah akibatnya kalau kekurangan kalsium. Saya akui dah seminggu saya tak makan Ostematrix.  Kaki kebas, lenguh-lenguh dan kejang sekali sekala. Huwaaaa.. bukan saya tak mahu makan, tapi saya sedang on antibiotik untuk jangkitan telinga. Antibiotik tu diambil sebelah malam sama waktu biasa saya ambil Ostematrix. Akhirnya Allah takdirnya saya untuk mengambil antibiotik. Masa demam dan hari tu saya tak dibekalkan antibiotik pun. Kalau ada pun saya memang kalau boleh tak nak makan. Bab telinga ini kritikal sebab ada bauan yang tak menyenangkan. Opss! Bukan tak boleh pun tukar waktu makan Ostematrix tu. tapi.... (mula nak fikir alasan!!!)

Kenapalah saya jadi begini bila missed makan Ostematrix?

Jom saya bawa anda...sepintas lalu tentang istimewanya Ostematrix hinggakan anda, anda dan anda semua sangat ketagihkannya macam saya!! (bukan dadah tau)


Tahukah anda tulang adalah struktur penting dalam tubuh manusia. Ia membina kerangka tubuh, menyokong berat badan serta melindungi organ-organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang; selain membolehkan kita menggerakkan otot dan tubuh dengan bebas. Mengekalkan kesihatan tulang yang optimum adalah amat penting untuk mengecapi kesihatan keseluruhan yang sempurna.

Ostematrix pula, bukanlah sekadar kalsium yang anda boleh dapati di mana-mana. OsteMatrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan. Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.


Dengan kata mudah OsteMatrix membekalkan gabungan nutrien yang unik termasuk calcium,Vitamin D & K, magnesium dan lebih lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yg kuat kerana kita ni memerlukan lebih dari kalsium untuk membina tulang yang kuat. Terbukti secara klinikal meningkatkan penyerapan kalsium

Ostematrix membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur calcium daripada bahan semulajadi dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) of vitamin D untuk menggalakkan penyerapan calcium

Itulah bezanya Ostematrix Shaklee dengan kalsium di luar sana. Ia bukan sekadar kalsium. Bukan sekadar membantu membina tulang dan gigi yang kuat, tetapi nutrisi di dalamnya juga membantu mengekalkan paras tekanan darah menjadi normal, membantu kontraksi muscle (otot) dan transmisi saraf) dan mengurangkan simptom-simptom PMS,seperti kembung perut, kekejangan, mood yang turun naik dan irritability. Paling sangat istimewanya, Ostematrix ia juga mengandungi magnesium. Tahukah anda pengambilan magnesium lebih penting daripada kalsium. Kalsium yang diambil tanpa magnesium tidak memberi kesan optimum. Tindakan bersama magnesium dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit.

Kalaulah saya boleh jerit kuat-kuat kat luar sana, saya sangat menggalakkan golongan yang tak minum susu, mengandung atau sedang menyusukan, atau selalu mengalami sakit-sakit kaki, sakit-sakit sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk-sejuk badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas-keabs atau terasa seperti kaki dicucuk-cucuk dengan jarum mahupun mereka yang sedang menjalani fisioterapi ambillah supplement Ostematrix Shaklee ini. Pasti rasa beza. Hilang lesu, penat , sakit-sakit tulang dan seangkatan dengannya.

Janganlah jadi macam saya malam tadi. Huwaaa..syukurlah walaupun tak berapa selesa tapi dapatkan tamatkan dengan berjaya. Semuanya dengan izin Allah. Lepas je habis antibiotik ni saya akan teruskan pengambilan Ostematrix.

Haaaa.. satu lagi pesanan penaja. Ostematrix ini bukanlah magik. Seperti yang kita sedia tahu, kita bukannya bergantung sepenuhnya pada supplemen tapi perlu di ambil sebagai makanan tambahan untuk menampung kekurangan nutrisi dalam pemakanan harian kita dan pengambilannya perlu konsisten. Banyakkan berdoa dan bertawakal. Semoga bila kita sihat, kita lebih tekun beribadah dan dapat hadir ke majlis-majlis ilmu seperti ini. Sentiasalah kita perbetulkan niat semuanya kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah.


Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: