Temujanji di HKL: Doakan Saya

9:06 PM

Dua hari ini rasa berdebar-debar lebih hebat dari biasa. Saya menerima panggilan dari HKL untuk bring forward appointment yang sepatutnya dijadualkan pada 20 November kepada 6 November, 2014. Seperti mengerti perasaan mama, anak dalam kandungan saya yang saya namakan Sufi (yang masih belum diketahui jantinanya) sangat aktif. Seronok berdebar bercampur-campur.

Mengapa saya jadi resah? Sedangkan selama ini saya sudah pun redha dan menerima segala kemungkinan? Pesan pada diri, banyak-banyak istighfar dan fikir yang baik-baik saja. Semoga yang ditakdirkan adalah yang baik-baik sahaja. Meminjam kata-kata ilmuan Ustaz Pahrol.

What you get is what you see – apa yang kita dapat, bergantung kepada apa yang dilihat. Dan tidak ada penglihatan yang paling tepat dan jelas melainkan dirujuk kepada pandangan Allah.


Appointment ini sebenarnya sudah dinanti-nantikan sejak mengetahui saya mengandung anak ketiga. Begitu sukar untuk membuat temujanji memandangkan klinik pakar gastro mempunyai ramai pesakit dan salah saya sebab gagal temujanji sejak Jan 2014. Salah saya! Perkara sudah pun berlalu. Untuk apa disesali, teruskan kehidupan seperti biasa.

Oleh kerana tarikh temujanji jatuh pada hari persekolahan, dan anakanda Nurin akan menjalani peperiksaan matapelajaran Jawi di Sekolah Rendah Agama pada waktu petang saya terpaksa mengheret suami untuk mengambil alih tugas saya pada tengahari itu. Untuk menukar tarikh agak mustahil kerana bukan mudah mendapat appointment dengan doktor pakar. Pertemuan ini untuk mendapatkan nasihat tentang virus hepatitis B dan kaitannya dengan saya dan bayi dalam kandungan. Mungkin ada boleh baca kisah sebelum ini di SINI

Doakan saya yang baik-baik sahaja ye.

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments