Asyik-asyik soal menu dan makan kan? Haha.. yang sebenarnya saya nak update blog hari-hari sekurang-kurangnya 3x. Tapi idea tak berapa nak ada, dan kalau ada pun lambat sangat nak draf. Jadi, draf paling senang ialah tentang cerita hari ini. Biasanya tentang menu hari itu ataupun tentang anak-anak.
Biasanya saya kehabisan idea untuk memasak. Oleh kerana itu, saya perlu tanya warga isi rumah nak makan apa. Suami saya seperti biasa tak kisah apa jua menu saya. Cuma adakala dia bagi idea. Sasaran seterusnya ialah anak-anak. Hari ini Nurin mahu makan sambal ikan bilis dengan petai serta sayur bayam masak air. Orang jawa kata masak bening!
Ini dia rupa sambal ikan bilis dengan petai saya. Nak resepi ker? Ala..sama je macam sambal-sambal lain.
Sambal Ikan Bilis dengan Petai
Bahan-bahan
Cili kering yang diblender-semangkuk
Bawang besar sebiji - blend halus
Bawang putih 5 biji - blend halus
Ikan bilis semangkuk -rendam dan basuh bersih
Petai 3 papan-saya belah 4 sebab besar
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis bahan yang diblend (bawang besar, bawang putih dan cili kering) hingga garing atau pecah minyak. Gunakan api sederhana. Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kacau. Bila agak-agak dah kering sedikit, masukkan ikan bilis dan petai. Kemudian perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Siap!
Semangat Nurin makan. Risau pula mulut dia berbau petai. Penat pesan supaya gosok gigi bersih-bersih hingga hilang bau petai tu.
Alhamdulillah.
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: