Ya Allah!! Saya suka sangat
hujan. Sukaaaaaaaa sangat.
Sangat menenangkan. Membahagiakan
dan kadang-kadang sayu je hati. Kenapa? Sebab teringat orang-orang tersayang
yang sudah tiada lagi. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah emak, arwah
abah, arwah ayah mertua, arwah datuk-datuk, arwah nenek-nenek, arwah ibu-ibu
saudara dan muslimin muslimat. Al-fatihah.
Teringat juga suasana kampung masa
saya sekolah rendah dulu. Seronok main hujan dengan rakan sepermainan. Main
bola, pergi jala ikan, panjat pokok, main kawen kawen hahaha....lawaknya masa
tu kan? Macam lelaki. Tak kisah basah kene hujan atau baju kotor kene lecak. Kebanyakan
my child hood friend memang lelaki. Kalau jumpa diaorang sekarang sepatah haram
tak bercakap. Malu. Owh, saya juga kehilangan seorang rakan sepermainan. Dia
muda setahun dari saya. Dia meninggal dunia baru baru ini.Dulu kami rapat
sangat. Rapat dengan keluarga dia juga. Saya tidak dapat pulang dihari
terakhirnya di dunia ini. Saya berdoa dari jauh. Semoga roh arwah
dicucuri rahmat.
Tapi kat KL ni , macam ada
permainan psychology (bak kata Halim Othman di Suria pagi). Kalau hujan, mesti
jalan raya sesak. Bukan ada apa pun, hujan je. Hujan kan air. Jalan raya sesak sebab semua orang kelam kabut
mahu pulang ke rumah. Mungkin takut air naik. Banjir.
Jom kita berdoa
Jom kita berdoa
No comments: