Broga Hill Trip - CIK MIL MILA

Sunday, March 24, 2013

Broga Hill Trip

Entry yang tertangguh. Dah lama nak cerita tapi saya kesuntukan masa.  Pada 2hb February yang lalu, saya bersama-sama 3 orang kawan baik, Siow LinNg,Farheen dan suaminya telah pergi ke suatu tempat yang tidak asing bagi pendaki gunung. Haha..kenapa ayat saya macam skema ni?


Idea untuk pergi ke situ –datang dari saya. Tak percayakah? Saya tetiba teringin sangat untuk melakukan aktiviti luar biasa. Mencabar kemampuan sendiri.


Kebetulan Siow LinNg memang pendaki hardcore. Dia sekarang ni sudah pun berada di Nepal untuk misi pendakiannya. Saya ajak dia dengan Farheen.  Siapakah mereka ni ? Mereka merupakan ex-office mate saya. Tempat saya bekerja sekarang. Saya pekerja paling setia.  Kami selalu berjumpa. Sebulan atau 2/3 bulan sekali. Selalu kah itu? Hahahaha. Tempat pertemuan biasa ialah di Nandos- tempat yang sama-IOI Mall. Bila jumpa asik makan, makan & makan. Kali ini, tempat pertemuan yang agak berbeza.



Pelbagai persiapan dibuat. Ketua dah email dan bagitau persiapan yang harus dibuat. Sebagai menurut perintah, saya telah lengkapkan sebahagian darinya.



Plan asal nak pergi tengok sunrise. Bincang punya bincang, banyak cons dari pros. Jadi, plan asal dibatalkan. Kami membuat keputusan untuk pergi awal pagi. 7:30 pagi. Tapi ..owh tak payahlah saya detail-kan. Kami sampai lebih kurang pukul 9 pagi. Masa tu cuaca sangat panas. Banyak pula parking kosong. Nampak sangat kami sudah lewat. Sebab pendaki pendaki lain sudah pun pulang.  Owh tidak lah saya berputus asa setengah jalan. 

Pendakian awal agak mudah. Menyusuri jalan di bawah pokok kelapa sawit. Teringat pulak zaman kecil ku. Kan rumah arwah mak dan abah saya bersebelahan dengan ladang kelapa sawit.

Permulaan pendakian

Bermulalah pendakian. Agak sesak juga traffic ke atas bukit. Ramai pengunjung rupanya. Macam senang je nak mendaki. Saya fikir positif aje. Malam sebelum mendaki saya sukar untuk tidur lena. Resah untuk mendaki. Kali pertama pula tu. Tidur sebelum pukul 12 malam. Terjaga pula jam 5 pagi. Mohon Allah permudahkan pendakian saya pagi ini. 

Lepas solat Subuh saya bersarapan untuk mengalas perut. Ini sarapan saya. Segelas susu bersama ESP SOY PROTEIN SHAKLEE sahaja.


ESP Soy Protein Shake


Semoga bertahanlah! Saya juga siapkan bekalan untuk dimakan di atas bukit nanti. Nak tahu apa?

..

..

..

..
Setengah cawan oat, 3 biji strawberry & 5 biji anggur




Sedap sungguh.

Pendakian sebenarnya tidaklah sukar. Tapi stamina sangat kurang kerana pertama kali dan kurang bersenam. Tiga hari sebelum pendakian saya bersenam di rumah-30 Day Shred. Tough tapi sangat membantu. Mengah. Saya ditinggalkan jauh dari rakan rakan yang sangat fit. Saya paling selowwww. Sepanjang pendakian saya berdoa semoga saya mencapai matlamat saya.

Suasana pendakian agak sesak sangat kerana ramai yang sudah menuruni bukit. Cuaca agak panas. Angin bertiup kencang. Sekali sekala pasir berterbangan. Hampir masuk mata juga. Saya berlindung disebalik batu-batu.


Farheen and Sohail
Breathless
Siow LinNg sudah jauh meninggalkan kami.

Saya sedang berehat, angin bertiup kencang, tak berani nak jalan
Sedang berselindung disebalik batu besar


 
Another breathless moment. I need oxygen!!


Taking own sweet time before continuing the journey
Beautiful..Subhanallah!
Finally! We made it
Love the green hill
BFF

On the way down
Jadi apa kesimpulannya pendakian ini:-

1. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Jika kita sangat pasti apa yang kita mahu, kita akan cari jalan dan mengusahakannya.

2. Perlu ada persediaan fizikal dan mental. Persediaan  mental melebihi segala-galanya. Bila kita dah set kita boleh, kita akan boleh melakukannya.

3. Fizikal yang sihat membolehkan mental kita lebih kreatif dan fokus dengan apa yang dihajati.

4. Last but not least, ESP memberikan saya tenaga yang segera.


No comments: