Pernah tak kita berkira-kira
untuk membeli makanan secara sihat seperti sayur-sayuran organik, roti gandum
penuh (whole meal/whole grain), buahan
buahan segar seperti strawberry, grapefruit, epal, anggur, kiwi. Saya pasti
semua orang suka. Bukan sebab tak mahu, tapi sebab harganya mahal. Anda pernah
rasa macam tu kah?
Atau anda berkira-kira hendak
makan di restoran seperti A atau B? Yang satu tu murah sikit dari yang lagi
satu. A menyediakan makanan yang sihat, segar dan berkhasiat. Kombinasi
makanan-makanan sihat yang saya sebutkan seperti di atas. Yang B, merupakan
restoran makanan segera seperti burger dan fries. A semestinya lebih mahal dari B.
Jadi apa pilihan anda?
Saya pernah menghadapi situasi
ini. Apa saya buat? Saya pilih restoran B. Sebab murah, cepat dan mudah. Sedap
pula tu.
Tapi hari ini, saya tersentak! Seorang
pakar motivasi yang juga seorang doktor mengatakan, kebanyakan kita kedekut untuk
membeli makanan berkhasiat tapi sanggup membeli barangan berjenama untuk
bergaya...
Kesannya, bila sudah tua, kita terpaksa
gunakan duit untuk membeli ubat ubatan kerana sakit. Banyak wang diperlukan
untuk menjalani pembedahan, peralatan khas dan sebagainya. Sekurang-kurangnya
RM100,000 diperlukan untuk tujuan itu. Malahan mungkin lebih dari itu.
Secara ringkas, sekitar usia
20-40 tahun, kita bekerja keras mencari rezeki untuk kesenangan masa tua. Ketika
usia tua 40 – 60 tahun, ya betul, kita senang, tapi duit yang kita simpan kita
gunakan untuk merawat sakit kerana tidak menjaga kesihatan ketika usia muda.
Bukankah bagus kalau ketika usia
kita 20- 40 tahun kita gunakan usia yang ada untuk membeli kesihatan. Kita
mungkin perlukan sekitar RM100 hingga RM300 untuk membeli makanan berkhasiat setiap bulan . Jom kita
buat kira-kira. Setiap bulan kita guna RM300 untuk kesihatan. Untuk sepuluh
tahun kita berbelanjakan RM36,000.
(300x10x12) . Sila lihat perbezaan RM100,000 dengan RM36,000? Banyak bukan? Kiraan ini kita tak mengambil kira kadar inflasi.
Dengan izin Allah, usia 40 – 60 tahun kita sihat, duit yang ada kita gunakan untuk beribadah, membangunkan ummah dan bersedekah kerana mencari keredhaan Allah.
Dengan izin Allah, usia 40 – 60 tahun kita sihat, duit yang ada kita gunakan untuk beribadah, membangunkan ummah dan bersedekah kerana mencari keredhaan Allah.
Benar, ajal maut ditangan tuhan.
Kita diminta berusaha bukan bertawakkal tanpa usaha. Badan kita adalah amanah Allah. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin) surah al-Rahman.
No comments: