SEBELUM
ini kita mungkin sering mendengar bahawa protein adalah nutrien yang penting
dan bermanfaat untuk kesihatan. Namun, tahukah anda bagaimana ia
membantu pertumbuhan dan perkembangan?
Protein
adalah sejenis nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi dalam tubuh kita. Ia
membantu mata kita untuk melihat, mengecutkan otot dan pembekuan darah. Selain
itu, ia membolehkan kita menjadi aktif dengan memudahkan tindak balas kimia
melalui enzim dan melindunginya terhadap jangkitan. Tanpa protein, tulang,
kulit dan rambut kita tidak akan mempunyai strukturnya.
Peranan penting protein
*
Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.
*
Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).
*
Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
*
Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh
badan.
*
Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun
badan.
Sumber protein
Protein
dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu protein haiwan (contohnya
susu, telur, daging dan ikan) dan protein tumbuhan (contohnya bijirin, kacang,
kekacang dan produk soya). Protein haiwan adalah lebih lengkap secara biologi
daripada protein tumbuhan kerana protein haiwan mengandungi semua asid amino
penting yang diperlukan oleh badan. Walaupun protein tumbuhan adalah protein
yang tidak lengkap, ia adalah pengganti yang baik untuk daging atau protein
haiwan. Tambahan pula, jika dua protein tumbuhan seperti kekacang dan bijian
atau kekacang dan kacang/biji dicampur bersama, ia akan saling melengkapi dan
membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan untuk seseorang individu.
Panduan
Diet Malaysia telah mengesyorkan bahawa anda:
1) Makan
ikan dengan lebih kerap, setiap hari jika boleh.
2)
Tingkatkan pengambilan susu dan produk tenusu. Susu bukan sahaja merupakan
sumber protein yang penting, ia juga sumber yang kaya dengan kalsium dan
vitamin. Satu gelas susu segar (250ml) mengandungi kira-kira 8.5 gram protein.
Tambahkan susu ke dalam oat dan bijirin. Yogurt dan keju juga merupakan sumber
produk tenusu yang baik.
3) Makan
daging, ayam dan telur secara sederhana. Pilih pelbagai jenis daging dan
gunakan kaedah yang berlainan untuk memasak hidangan ini.
4)
Amalkan cara memasak yang lebih sihat untuk ikan, daging, ayam dan telur.
Kaedah memasak yang disyorkan termasuk mengukus, merebus, merenih, memanggang
dan membakar. Lebihkan mengguna herba, rempah dan limau nipis atau lemon untuk
menambah perisa kepada hidangan-hidangan ini daripada menggunakan garam atau
sos pekat.
5) Pilih
daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol. Kurangkan pengambilan lemak tepu
dengan memilih potongan daging dan ayam tanpa lemak. Buang kulit ayam dan lemak
daging yang boleh kelihatan sebelum memasak.
6) Makan
kekacang setiap hari dan masukkan kacang dan bijian dalam diet setiap minggu.
Kekacang seperti kacang pea, kacang dhal, kacang kuda, kacang soya dan kacang
tanah mengandungi banyak protein dalam bijinya. Pilih pelbagai jenis kekacang
serta produknya seperti tempe dan tofu untuk menyediakan makanan. Tambahkan
kacang sebagai snek atau dalam hidangan utama seperti dalam sayuran tumis.
Keseimbangan
Walaupun
protein adalah sangat penting dalam diet anak anda, anda perlu ingat bahawa
keseimbangan nutrien (contohnya karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan
protein) adalah penting untuk semua orang, terutamanya bagi kanak-kanak yang
sedang membesar. Untuk membina kekuatan, sel otot anak anda memerlukan aktiviti
fizikal dan kesemua nutrien yang penting. Jika terlalu mengutamakan protein,
anda mungkin tertinggal makanan dan nutrien lain yang juga sama penting.
Terlalu
banyak atau terlalu sedikit dalam apa-apa jua perkara adalah tidak baik.
Amalkan keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian dalam menyediakan makanan
untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik.
Sumber Utusan Melayu (M) Bhd. (di edit sedikit) 02/09/2012
Kehebatan Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)memang tidak dapat dinafikan lagi.
Apakah ESP?
ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan secara semula jadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan renanda berjam-jam lamanya
* Tumbuhan berprotein berkualiti tertinggi dengan kandungan 14gram protein soya sihat dan 500gm kalsium bagi setiap hidangan.
* Membantu mengekalkan kepejalan otot
*Glosemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
*Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
Perbezaan protein Shaklee dengan produk lain
*Protein soya Shaklee telah terbukti secara klinikal dapat membantu anda kekal bertenaga selama berjam-jam
* Air digunakan untuk mencuci bagi mengekalkan bahan-bahan penting seperti isoflavones, genistein dan daidzein juga menyediakan anda dengan kebaikan keseluruhan soya
*Non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) protein berasaskan tumbuhan yang memastikan kacang soya kami bebas daripada kacang soya yang diubahsuai secara genetik.
Khasiat ESP
*ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
*ESP memberi tenaga segera, badan semakin sihat dan kurang rasa letih
*Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat bagus sebagai ‘milk booster’. Ia menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak
*ESP juga membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
*Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
*Berkesan dalam menganjalkan kulit, dan sangat digemari oleh kaum wanita bagi menganjalkan kembali payudara yang kendur
*Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan
*Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
Anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: