Telemovie Hijab Kekasih di Astro Oasis - CIK MIL MILA

Thursday, May 9, 2013

Telemovie Hijab Kekasih di Astro Oasis

Maafkan saya sebab lama betul tidak menghapdet blog ini. Kekangan masa dan lappy saya sudah merajuk. Tak tahu di mana silapnya, lappy saya yang usianya sebaya dengan Alya (tahun 2008) tidak dapat 'signal' wifi unifi di rumah saya. Sangat pelik juga apabila lappy ini boleh mengesan signal unifi jiran-jiran sebelah. Hampir tidak diterima akal. Galaxy Note II, Galaxy Mini dan Tab anak-anak senang lenang surfing dengan wifi itu, tetapi tidak lappy saya. Saya sedih dan hampa.

Kerana kesedihan, saya berjaya melipat satu bakul baju yang saya collect sejak seminggu lalu. Blessing in disguise. Sambil menonton cerita Hijab Kekasih di TV Oasis. Ikutkan hati mahu saja saya tidur awal dan menyiapkan kerja-kerja Shaklee saya tengah malam nanti. Tapi anakanda Nurin merayu temankan dia menonton telemovie ini. Jalan cerita yang menarik. Makna yang mendalam. Ini adalah sinopsis telemovie ini yang saya pinjam dari  SINI

Mengutarakan isu tentang sikap masyarakat yang ambil remeh berkenaan wasiat dan harta anak yatim, HIJAB KEKASIH cuba untuk menunjukkan segala kifarah Tuhan kepada mereka yang sambil lewa dalam pengurusan harta anak yatim. Setelah Azmi (Zaidi Omar) berkahwin dengan seorang balu, Zakiah (Mislina), dia cuba untuk mempengaruhi isterinya menjual rumah yang dibeli oleh arwah suami Zakiah, Rahmat tanpa berbincang dahulu dengan anak kandung Zakiah, Rozaimi (Yuswaisar). Peristiwa itu, menyebabkan Rozaimi mula menjauhkan diri daripada keluarga baru ibunya, kerana tidak mahu bersubahat dengan harta ayang telah disalahgunakan, tambahan pula, pernah satu ketika Azmi bersikap tamak dan tidak merestui hubungannya dengan isterinya, Halima (Farah).

Satu demi satu malapetaka menimpa keluarga Azmi, bermula dengan kematian adik tiri Rozaimi semasa pulang dari mengambil keputusan SPM, sehinggalah kepada peristiwa Zakiah jatuh tangga dan mendapat traumatic brain injury yang menyebabkannya diam membisu, tidak mahu berinteraksi dengan sesiapa pun. Hj Sulaiman (Mazlan Tahir), rakan karib arwah Rahmat berpendapat, ada hijab yang menyebabkan Zakiah membisu dan tiada respon. Dia juga berpendapat, hanya Rozaimi sahaja yang dapat menghilangkan hijab itu.

dengan berbekalkan sebuah album lama bertajuk 'Kekasih' yang menempatkan segala memori indah Zakiah dan Rahmat, Rozaimi berserta anak Hj Sulaiman, Hamidah (Yatt) berusaha untuk memulihkan Zakiah dan melepaskannya daripada hijab yang membelenggu.

Benarlah kata pepatah, setiap yang berlaku ada hikmahnya, biarpun sekecil-kecil perkara. Sungguhpun saya tidak dapat buat kerja saya, tapi saya dapat ilmu dan pengajaran dari telemovie ini. Bukan itu sahaja, yang paling membanggakan, saya dapat melipat SEBAKUL baju. Pencapaian hebat minggu ini. Hihihi.


No comments: