Tahukah kita, bila anak kita nakal, atau mengundang kemarahan kita, sebenarnya itu lah hasil didikan kita terhadap mereka. Bagaimana anak-anak yang seperti kain putih boleh membuatkan orang yang melahirkannya jadi begitu marah?
Sudah pasti kenakalan itu sangat berkait rapat dengan cara kita mendidik mereka sejak kecil. Kenakalan itu sudah pastinya berpunca dengan keadaan persekitaran mereka dibesarkan. Tak lain tak bukan kita lah sebagai ibu bapa mereka. Kenakalan itu bukan berlaku sekelip mata. Pastinya ia telah sebati dalam diri mereka sejak mereka kecil lagi.
Saya ingin kongsikan doa yang saya pernah pelajari dulu. Lebih kurang berbunyi begini.
"Ya Allah, ampunilah aku. Janganlah kerana kekhilafan dan kesilapan aku, anak-anakku mendapat kesannya. Kasihanilah mereka, kerana aku mengasihi mereka"
Doa ini sekurang-kurangnya melembutkan hati kita, membataskan diri dari terus memarahi anak-anak, malah timbul belas kasihan kepada mereka, kerana punca kenakalan mereka adalah dari diri kita sendiri.
Wallahuaklam.
No comments: