Cara Mudah untuk Bakar Kalori - CIK MIL MILA

Thursday, June 6, 2013

Cara Mudah untuk Bakar Kalori

Tak perlulah sehari suntuk berada di gym dan minum ‘slimming tea’ setiap jam.

Kadang-kadang ia adalah perkara-perkara kecil yang kita lakukan. Kita sebenarnya boleh membakar 200 hingga 300 kalori tambahan setiap hari tanpa perlu berpeluh-peluh dengan membuat beberapa perkara mudah dalam rutin harian kita.

Terlalu baik untuk menjadi kenyataan? Hahaha...

Penyelidikan yang diketuai oleh Profesor James Levine dari Klinik Mayo di Amerika Syarikat mendapati bahawa kebanyakan kita membakar kalori adalah dari aktiviti biasa setiap hari dan bukannya daripada senaman berjadual.

Nak tahu caranya?

Berdiri

Sesiapa yang suka berdiri dan sentiasa bergerak boleh membakar sehingga lebih 350 kalori setiap hari berbanding orang-orang yang duduk diam dan duduk- sahaja Kurangkan duduk ber jam-jam depan komputer, menonton televisyen dan melepak dengan cara berikut:-
  • Lupakan lif dan menggunakan tangga
  • Berdiri selagi mampu
  • Parking kereta lebih jauh daripada destinasi
  • Bangun dan bergerak setiap jam (tips supaya tidak lupa untuk bangun ialah dengan minum air yang banyak. Supaya ada gesaan untuk bangun dan membuang air)
Tidur Lena

Penyelidik di University of Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur boleh mengubah tahap hormon yang mengawal selera makan yang membawa kepada kelaparan dan keinginan untuk makan.

Lebih teruk lagi, kekurangan tidur yang kronik juga menaikkan tahap kortisol dalam aliran darah. Ini kerana hormon kita menghasilkan tindak balas kepada tekanan dan salah satu kesan sampingannya adalah untuk merangsang selera makan.

Minum lebih banyak air

Air adalah bebas kalori, jadi gantikan minuman ringan, minuman buah-buahan, teh tarik dan alkohol dengan H2O boleh menghapuskan beberapa ratus kalori. Ia juga meningkatkan metabolisme anda.

Dahaga selalunya disalah anggap sebagai kelaparan menyebabkan kita makan terlalu banyak, jadi cuba puaskan rasa lapar dengan segelas air sejuk atau secawan teh hijau yang panas.

Penyelidikan dari Virginia Tech di Amerika Syarikat mencadangkan minum air sebelum makan dengan ketara mengurangkan berat badan. Kajian mendapati orang-orang yang minum hanya 2 gelas air sebelum sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, mampu susut lebih banyak kilogram berat badan.

Mengunyah gula-gula

Biasanya kita akan mula lapar sekitar jam 11 pagi dan 3 petang. Rasa macam ingin mengunyah sesuatu. Sebaiknya kunyahlah gula-gula getah untuk mengelakkan snek yang tidak wajar. Tahukah kita, sekeping biskut coklat cip biasanya mempunyai 60 kalori dan satu keping gula-gula getah cuma 3 kalori?Ia adalah penjimatan sebanyak 57 kalori.

Ketawa

Walaupun tidaklah sebanyak berlari di atas treadmill ketawa boleh juga membakar kalori. Penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Obesiti menunjukkan bahawa ketawa meningkatkan penggunaan tenaga sebanyak 20%. Semakin lama anda ketawa lebih banyak kalori anda terbakar.

Less is More

Kajian menunjukkan jika banyak makanan diletakkan di hadapan kita, lebih banyak kita akan makan, samada lapar atau tidak.

Mangkuk atau pinggan yang besar boleh meningkatkan jumlah makanan yang di ambil. Sebaiknya gunakan pinggan yang kecil dan cawan yang kecil. Kita akan terkejut, kita telah mengurangkan kalori tanpa disedari.

Semoga perkara-perkara di atas memberi manfaat kepada kita semua. Selamat beramal.








No comments: