Sarapan Segera - CIK MIL MILA

Sunday, September 22, 2013

Sarapan Segera

Patutnya mahu sarapan di luar.  Anak-anak  pula tidur tak mahu bangun. Sudahnya terpaksa masak sendiri.

Pergi dapur bahan mentah pula kehabisan.

Tangguh kejap.

Selesaikan cadar dan baju-baju yang perlu dibasuh.


Tetiba Nurin turun mahu tolong mama basuh pinggan. Adehh...kalau diberi keizinan boleh jadi banjir dapur saya. Kalau tak diberi, merajuk pula dia.

Kemudian, Nurin mahu saya buat jemput-jemput.

Ting!!!!

Memang dah lama tak buat pun. Kira ok lah..

Ini hasilnya



Akibat tak pandai anggar, terbanyak pula hasilnya.

Sedekah sedikit kepada jiran.

No comments: