HKL: Pertemuan Kedua - CIK MIL MILA

Tuesday, October 8, 2013

HKL: Pertemuan Kedua

Kali ini kami naik motor lagi. Haha, rasa syok pulak. Sebab sejak saya bekerja di Cyberjaya, tak pernah nak merempit lagi.

Sampai hospital sama waktu macam minggu lepas juga.



Bezanya saya lebih arif dengan prosedurnya. Suami macam biasa perlu sarapan berat. Dia minta izin makan sarapan di luar HKL. Tak pasti di mana. Saya sudah isi perut saya dengan ESP dan susu. Kenyang untuk pagi ini.

Sempat juga saya sign up dua orang ahli Shaklee yang baru dibawah saya semasa menunggu giliran. Alhamdulillah.

Pertemuan kali ini dengan doktor yang berbeza. Perempuan muda yang sangat cantik. Lemah lembut dan lebih ‘mendengar’

Keputusan kali ini ada sedikit penurunan berbanding minggu lepas tapi tetap tinggi dari paras normal iaitu 412. Lebih kurang macam minggu lepas juga lah. Saya masih berdegil tidak mahu berhenti makan vitamin-vitamin yang saya biasa ambil.

Saya degil?

Tidak. Yang saya ambil adalah vitamin-iaitu supplemen. Ianya bukan ubat pun. Sumbernya semulajadi dan asli. Vitamin C adalah dari buah citrus, iaitu dari lemon, oren dan grape fruit. Ianya tentunya lebih baik dari saya makan gula-gula. Saya juga mengambil Vivix iaitu jus botani yang diperbuat dari anggur, purple carrot dan berry yang baik untuk kesihatan. ESP juga saya ambil sebagai sarapan. Panjang list vitamin yang saya ambil. Pendek kata tiada yang lebih dan kurang dari sebelum saya mengetahui tentang ujian darah saya.

Perbualan yang biasa dengan doktor cantik itu.

Doktor – Ada mengambil supplemen lagi?

Saya pasti soalan yang sama diajukan kerana beliau melihat rekod yang dicatatkan oleh doktor Pang pada minggu lepas.

Saya – Ya.

Doktor – Ambil vitamin apa?

Saya – ESP Shaklee. Doktor pernah dengar? 
Saya menyebut salah satu vitamin saja. Saja mahu menduga

Doktor – Tahu. Saya pun ambil ESP Shaklee. Bagus ESP ini.

Hehe..kan?? Saya tengok kulit dia cantik dan sihat.

Doktor – Ada ambil yang lain?

Saya – Vivix, vitamin C etc

Doktor – Hmmm…lepas ni jangan makan lagi ye semua ini. Kita nak tengok trend darah awak tanpa makanan tambahan yang lain.
Kali ini wajahnya agak tegang sikit.

Saya – Ok doktor. Tapi tadi doktor cakap ESP Shaklee bagus.

Doktor – Memang la bagus. Tapi kami nak tengok darah awak tanpa bahan-bahan aktif yang lain.

Blurrr…

Sebenarnya, simptom HBV iaitu penat-penat dan lesu yang melampau itu memang saya rasa. Cuma saya tak suka ikutkan perasaan sangat. Ikutkan hati memang nak tidur je sepanjang hari. Hahaha. Sebab tu dulu saya ambil vitamin Shaklee. Sebab saya mahu sihat, bertenaga dan ceria. Agaknya kalau saya berhenti makan vitamin tu semua bagaimana ye. Tentu saya bertambah lesu dan sakit.

Panjang perbualan kami. Tak perlu lah dinyatakan di sini, hehe. Saya diarah mengambil darah lagi.

Macam biasa kami ke bahagian patalogi. Tak rasa sakit lagi dah. Mungkin sudah lali.

Apakah saya ikut cakap doktor dengan berhenti makan semua vitamin-vitamin? Atau saya teruskan? Untuk jawapannya, tunggu entry akan datang.

Mahu rasa sihat macam saya?

Tips eksklusif dari saya
COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com 






No comments: