Alhamdulillah dengan izin Allah anak-anak saya cemerlang dalam peperiksaan mereka untuk semester terakhir 6 dan 5 tahun. Bangga dengan pencapaian mereka. Sob sob. Sebak rasa mahu menangis, terharu dan gembira. Walaupun mereka masih tadika tapi bagi saya ia memberikan impak yang sangat besar dalam hidup kami suami isteri.
Sebagai seorang ibu yang bekerja pastinya saya kurang memberikan masa dan perhatian kepada mereka. Menghantar mereka ke tadika seawal 8 pagi, kemudian pulang ke rumah untuk menyelesaikan sebahagian kerja di rumah sebelum berdesup ke pejabat tepat jam 9:15pagi.
Kemudian lewat jam 6:40 petang kadangkala jam 7 petang baru mengambil mereka. Bilakah waktu berkualiti kami?
Seingat saya, saya cuma berkesempatan melihat kerja rumah mereka setiap malam. Biasanya mereka sudah menyiapkan nya ketika petang hari di kelas transit. Itu pun kadangkala saya tidak berdaya melihatnya. Letih seharian di pejabat buat saya sedikit culas.
Ada kalanya cikgu kelas mengadu tentang kerja rumah yang tidak siap. Astagfirullah...cuainya saya.
Tentulah saya terkejut bila mengetahui keputusan mereka hari ini. Kedua-duanya mendapat tempat yang pertama dalam kelas. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Semuanya di atas kuasa Nya. Mungkin juga berkat saya mengamalkan surah-surah terpilih dalam al Quran seperti yang disarankan guru/mentor Shaklee saya, iaitu surah yasin, -waqiah dan al mulk setiap pagi usai solat Subuh. Juga zikir-zikir Ya Wahhab, Selawat atas nabi dan istiqamah melakukannya sepanjang hari. Suami juga mengamalkan yang sama. Ilham dari arwah ayahandanya.
Saya percaya juga amalan rohani sebelum tidur sangat membantu. Setiap malam saya dan anak-anak akan membaca surah Fatihah, 4 kul, doa tidur, ayat kursi, ayat baqarah dan minta maaf sesama sendiri.
Memandangkan saya bekerja, saya kurang menitikberatkan pemakanan sihat kepada mereka. Mereka cuma bersarapan minuman susu atau milo yang dicampurkan dengan meal shakes setiap pagi. Kadang-kadang saya bekalkan sedikit roti atau biskut atau sekali sekala nasi lemak yang dibeli di kedai (teruknya saya). Mereka makan tengahari di sekolah dan minum petang juga di situ. Makan malam Alhamdulillah suami yang sediakan. Kalau kami lewat, suami akan bawa kami makan di luar sahaja.
Disebabkan itu, saya memilih untuk memberikan anak-anak saya supplement Shaklee. Pilihan yang terbaik saya kira. Mereka jarang sakit berbanding sebelum ini. Cergas dan cerdas. Supplement sangat penting untuk kanak - kanak seusia mereka kerana perlu tenaga untuk belajar.
Saya berikan mereka Meal Shakes, Chewable Vita- C, Omega guard, Performance Drink dan ESP setiap hari.
Percaya doa ibu akan dimakbulkan maka kita cakaplah yang baik-baik, fikir yang baik-baik untuk mereka. Apa yang kita fikir in shaa Allah adalah doa.
Jika anda perlukan supplement untuk anak-anak hubungi saya untuk mendapatjannya. Tips dan konsultasi percuma untuk pelanggan saya.
No comments: