Mahu dengar metafora pasal ujian tak? Mungkin ada yang pernah dengar. Ini kira tazkirah jumaat ya.
Macam seorang penternak ayam. Dia hendak sembelih ayam. Ayam dia banyak. Dia ada kuasa nak pilih mana-mana ayam yang dia nak sembelih. Sebab ayam-ayam itu miliknya. Ikut logiknya mestilah dia akan pilih ayam yang paling baik dan hebat. Takkan dia nak amik yang tidak elok kualitinya?
Macam itu la juga Allah hendak menguji hamba Nnya. Kita ini hak milik mutlak Allah. Bila kita terpilih untuk diuji maknanya kita ini layak diuji. Kita hebat. Jika kita berjaya melalui ujian ini martabat kita naik satu tahap.
Umpama air limau dan jari yg luka.
Air limau itu umpama ujian. Jari yg luka umpama hati. Air limau jika terkena jari yang sihat, tiada rasa apa tapi jika air limau jika terkena jari yang luka terasa pedihnya Jari yang luka itu lah hati. Hati yang rosak kalau diuji sakit jadinya. Macam manusia lah. Hati yg bersih bila diuji tidak memberi kesan. Malah bertambah lagi imannya
Orang-orang dahulu para sahabat nabi bila diuji mereka gembira kerana Allah mahu menaikkan martabat mereka.
"Syukur lah aku yang terpilih"
Malah jika ada yang buruk berlaku kepada mereka seperti kuda tunggangan tidak bekerjasama seperti sedia kala mereka selalu muhasabah.
"Apakah dosa yang telah kulakukan hari ini??? Astagfirullahalaazim"
Ya Allah, aku tidak minta hidup yang mudah, kerana ku tahu ujian itu sukar, tapi ku pinta hati yang kuat, supaya aku boleh melalui hidup dan ujian ini dengan tabah. Aamiin ya rabb.
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: