Jawatan Idaman Saya: WAHM. Work-At-Home-Mother - CIK MIL MILA

Sunday, December 15, 2013

Jawatan Idaman Saya: WAHM. Work-At-Home-Mother

Saya suka betul keadaan macam begini. Hujan. Nyaman sungguh. Idea bertalu-talu hadir. Alhamdulillah. Lokasi yang paling menarik adalah di rumah sendiri.

Untuk pengetahuan kalian, para pembaca budiman, sebenarnya sudah dua minggu saya bekerja dari rumah. Sejak 1 Disember 2013, saya sudah bergelar WAHM. Menjalankan perniagaan MLM Shaklee secara sampingan setahun lalu, memberi saya ruang dan peluang untuk mempelopori dunia bekerja di rumah bersama anak-anak pula. Memang inilah yang saya impikan. Ianya bukan sahaja impian saya, malah ia impian anak-anak yang sedang membesar.


Soalan begini kerapkali diajukan.

Mengapa perlu bekerja dari rumah sedangkan pendapatan di tempat kerja saya agak lumayan?

Jawapan saya mudah. Saya mahu menjawat jawatan hakiki saya sebagai seorang suri rumah. Pernah dengar kan kata pujangga orang zaman dahulu kala, sehebat mana seorang wanita itu, pasti akan ke dapur juga. Ia memang kenyataan. Cuma zaman sekarang, kami ke dapur dengan gadget tambahan.

Seminggu pertama setelah bergelar WAHM, saya dirundung 'culture shock' atau bahasa melayunya kejutan budaya. Apabila impian menjadi kenyataan, saya masih lagi bermimpi. Sukar untuk menyesuaikan diri dengan rutin baru. Oleh kerana masa bekerja dulu, saya lah pekerja paling sibuk di dunia maka, tugas-tugas di rumah hanya tangkap muat sahaja. Maka, bila tinggal di rumah, semua cacat cela memang nampak jelas di mata. Minggu pertama, saya hanya laksanakan kerja-kerja rumah seperti mengemas, vakum, mengemop, mendobi dan seangkatan dengannya. Terlalu banyak hendak di senaraikan!

Hari pertama saya WAHM, saya membeli belah di Pasar Borong Selangor dan Giant. Saya membeli stok untuk 2 minggu: bahan mentah dan bahan kering. Peti ais saya penuhkan. Malas hendak keluar hari-hari ke kedai untuk membeli. Bukan sahaja harganya murah berbanding kedai runcit, ia juga sangat menjimatkan masa. Bila stok membukit, tugas seterusnya ialah memasak hari-hari untuk keluarga. Jadual saya penuh di dapur sahaja. Sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Masha Allah. Penat!!


Bukan sahaja saya yang mengalami kejutan budaya, anak-anak juga. Musim cuti sekolah ini, mereka sangat bebas buat apa sahaja yang mereka mahu. Berbeza rutin harian berbanding ketika mereka ditinggalkan di pusat transit. Di rumah, masa saya hampir sepenuhnya di dapur. Mereka rajin juga ikut serta 'membantu' saya. Kerja 5 minit boleh jadi setengah jam bersama mereka. Kami bahagia.

Saya sungguh menghargai suri rumah sementelah sudah merasa kesibukan mereka menjaga rumahtangga. Sememangnya anda semua hebat dan memikat! Saya pasti seharian menguruskan rumahtangga 24 jam sehari 7 hari seminggu, anda sememangnya memerlukan nutrisi yang mencukupi. Jangan gusar, saya ada solusi untuk anda semua, in shaa Allah.

Kunjungi blog baru saya berkenaan Urus Akaun Bisnes Kecil.

http://www.normilamuhamad.blogspot.com/

Salam sayang.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad@blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: