Tips Memilih Pusat Jagaan Kanak-Kanak - CIK MIL MILA

Thursday, January 16, 2014

Tips Memilih Pusat Jagaan Kanak-Kanak

Baca tajuk tu macam serius je kan? Memang kali ini saya mahu kongsi isu yang serius.

Seringkali kita dengar berita yang kurang enak tentang kemalangan di pusat jagaan kanak-kanak. Membuatkan saya sedih sangat. Saya membayangkan anak-anak saya. Syukurlah setakat ini tiada yang buruk berlaku. Oh! Ada juga, tapi tidaklah serius. Bukan ambil remeh tentang perkara sebegini, adakalanya kita tidak boleh meletakkan 100% kesalahan kepada pengasuh. Perlu ada toleransi, walaupun begitu ada hadnya. Saya selalu ingat pesan seorang ustazah, sebaik-baik penjaga ialah Allah Taala. Kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita. Jika Allah dah takdirkan ianya berlaku, ia akan berlaku. Yang penting ialah bagaimana kita memberi reaksi ke atas situasi itu. Kalaupun kita yang menjaga mereka sendiri, tidak ada jaminan anak-anak kita selamat. Pokok pangkal, kembali kepada yang asas. Ambil langkah-langkah keselamatan dan saya ingin kongsi sedikit sebanyak berdasarkan pengalaman saya dan kawan-kawan.

Apabila memilih pusat penjagaan kanak-kanak

1. Pilih dengan bijak.
Saya yakin seorang ibu ada ‘instinct’ atau gerak rasa. Percaya rasa hati anda wahai ibu. Sungguhpun begitu, pastikan pusat jagaan yang telah dipilih atau disenaraipendek adalah berlesen. Ini bermakna penyedia penjagaan dilatih sepenuhnya dan kelulusan yang disahkan telah diperolehi. Jangan gusar untuk bertanya. Biasanya pusat jagaan akan memaparkan lesen mereka di situ.

Tips: Pusat penjagaan kanak-kanak berdaftar pastinya tersenarai di laman web JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat ) atau anda boleh juga layari www.babycenter.com.my

2. Buat Kejutan!
Beranikan diri untuk melakukan pemeriksaan atau ‘spot check’ di pusat jagaan itu. Bukanlah maksud saya datang ke situ semata-mata untuk memeriksa. Sebaiknya buatlah seolah-olah anda terlupa membawakan baju atau botol susu pada waktu yang ‘pelik’. Perhatikan pengasuh dan keadaan sekeliling. Mungkin jam 10 pagi atau waktu makan tengahari. Ia tidaklah pelik atau menakutkan apabila ia melibatkan keselamatan anak anda

3. Buat kira-kira
Bukan kira duit ye.Hehe. Di pusat penjagaan kanak-kanak , nisbah kanak-kanak kepada penjaga adalah seperti berikut

1:5 ( untuk bayi kurang daripada tiga tahun )
1:10 (untuk kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun)
1:4 ( untuk kanak-kanak kurang upaya berusia kurang daripada empat tahun )

Kalau terlalu ramai kanak-kanak tapi sedikit pengasuh, anda tahu apa anda perlu buat.

4. Memeriksa Kakitangan
Bukanlah mahu selidik seperti temuduga (boleh juga kalau anda mahu), tapi lebih baik perbualan secara santai untuk memastikan mereka sedar prosedur kecemasan dan menyediakan mereka dengan nombor telefon alternatif (nombor telefon kawan-kawan rapat/jiran) sekiranya mereka tidak dapat menghubungi anda

Tahukan anda bahawa 52% daripada pusat-pusat penjagaan kanak-kanak yang terkenal adalah tidak berlesen atau tidak berdaftar dengan JKM

Ketika saya masih bekerja, saya memang memilih pusat jagaan yang dekat dengan rumah dan kos yang rendah. Ketika itu hanya RM250 untuk seorang bayi. Sekarang saya pasti lebih tinggi dari itu. Alhamdulillah...dengan rahmatNya, anak-anak saya selesa di situ dan punya ramai kawan. Walaupun masing-masing sudah tidak tinggal di situ, mereka masih berjumpa di Sekolah Kebangsaan dan masih bertegur sapa!

Bukan saya sahaja, saya pasti memang lebih mudah bagi ibu bapa untuk memilih pusat jagaan yang dekat dengan yuran yang rendah. Samada ianya didaftarkan atau tidak, bukanlah menjadi kebimbangan mereka. Walau bagaimanapun ingatlah! Pusat jagaan yang tidak didaftarkan atau tidak berlesen tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya sesuatu berlaku. Walaupun kita rasa kita boleh saman mereka, jangan terkejut jika kita pula yang dipersalahkan kerana memilih pusat jagaan yang tidak berlesen!

Lagi tips, berbaik-baiklah dengan pengasuh anak-anak kita. Mereka juga manusia seperti kita. Ada rasa letih, penat dan tertekan. Berkomunikasilah jika ada yang anda tidak puas hati. Berikan mereka hadiah, makanan atau berkawan-kawanlah dengan mereka. Saya percaya apa yang kita beri kita akan dapat kembali.

Semoga Allah memelihara keluarga kita dan kawan-kawan daripada kemalangan yang tidak diingini.

Untuk tip top kan lagi prestasi pengasuh anak-anak, dan memberikan mereka stamina dan emosi yang stabil, cadangkan kepada mereka vitamin-vitamin Shaklee terutamanya Wellness Set iaitu Vita Lea, B-Complex, Vitamin C. Untuk tambahan berikan juga Ostematrix !

Vita Lea-Multi vitamin yang kaya dengan zat besi. Meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan dari jangkitan. Menolong sungsi normal penghadaman dan selera makan. Penting untuk memberi stamina

B-Complex-Menggalakan kestabilan emosi, kesihatan jantung, metabolisma tenaga dan replikasi DNA yang sihat. Meningkatkan fungsi otak serta mengurangkan tekanan.

SR Vita-C Plus-Antioksidan semulajadi. Mengekalkan integriti sel dan baik untuk pertumbuhan gigi, gusi, tulang, potot, salur darah yang sihat.

Ostematrix- Mengekalkan tekanan darah yang normal. Menolong pengecutan otot dan sraf, mengurangkan simptom PMS seperti kembung, kejang, bengkak air, baran dan kemurungan. Bagus juga untuk tidur yang lebih lena, dan bangun dengan segar pada keesokan harinya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil:  www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments: