Bila Elektrik Tiada - CIK MIL MILA

Friday, February 7, 2014

Bila Elektrik Tiada

Petang semalam seperti biasa saya menyiapkan lauk pauk untuk makan malam. Sejak ber WAHM kami makan malam awal. Anak-anak balik sekolah paling lewat tiba di rumah pukul 6 petang. Biasanya mereka bermain di luar rumah bersama-sama anak-anak jiran. Baru kini mereka diberi kebebasan untuk bermain di luar pagar rumah. Nampak benar kegembiraan di wajah mereka. Kasihan selama ini saya menyekat kebebasan mereka dek kesibukan bekerja sepanjang hari.

Sukur Alhamdulillah Allah memakbulkan doa saya. Syukur Allah membuka pintu hati saya untuk membuat bisnes  bersama Shaklee. Nikmat yang mana hendak saya dustakan. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Yer...lambat nak masuk ceritanya. Begini, semalam  saya siapkan lauk pauk untuk makan malam- yang sebenarnya cuma panaskan lauk pauk sahaja. Saya goreng telur untuk menambah lauk. Besar juga telur tu. Gred A. Bukan telur omega ataupun selenium ye. Telur biasa je di pasar. Terkejut saya bila saya pecahkan telur tu ada dua telur kuning. Kembar rupanya.



Subhanallah.

Sedang sibuk menyediakan meja makan. anak-anak riuh rendah mandi di bilik air. Tiba-tiba elektrik tiada. Bergelap kami. Alya sudah menangis di bilik atas. Dia memang takut gelap. Kelam kabut saya dan suami. Terpaksa berlampukan lilin dan handphone. Jiran-jiran pula beransur keluar dari rumah, panas barangkali dengan anak-anak kecil sukar dipujuk.

Usai solat, kami makan. Romantik gitu.






Paling tak tahan saya ter-guna canister ESP. Haha.


Nurin: Mama, kakak tak nampak ayam ni. Pinjam lilin ni kejap.

Kesian dia nak makan pun tak nampak.

Lepas makan, kami buat keputusan untuk ke rumah ibu mertuaku. Tak sanggup bergelap. Alya sudah berpeluh-peluh. Tak sangka pula adik ipar dan ibu mertua sedang makan malam di Islamic Steak House. Apa lagi. Langkah kanan la kami. Alhamdulillah






Saya teks jiran saya Kak Sumi kalau-kalau elektrik sudah kembali pulih seperti biasa. Syukur masa saya teks tu pukul 10 malam. Boleh la kami pulang dan meneruskan hidup seperti biasa.



Call/whatapps/sms: 019 2250752 Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: