Hari ni suami sibuk membersihkan belakang rumah yang semak samun. Dah lama tak berkebun. Pokok kari sudah tinggi separas bilik tingkat 1. Pokok limau purut pun sudah sampai ke rumah jiran sebelah. Rumput sudah diracun suami beberapa minggu yang lepas. Musim panas dan kering ini membuatkan pokok-pokok layu. Sedih melihat pokok bonzai di hadapan rumah kering layu tak bermaya.
Tengahari saya sudah mula defrost ikan. Mahu membakarnya menggunakan oven, tapi...kepenatan pula kerana memberi semangat kepada suami. Haha. Over. Macam saya pula yang berkebun...
Kasihan tengok suami kepenatan, saya buat keputusan membelanjanya dan anak-anak makan di luar. Kalau saya masak mahu mengambil masa yang panjang. Kami ke Restoran Saba', restoran makanan arab yang terletak di Cyberjaya. Kami ni pengunjung setia. Sebulan 2 atau tiga kali juga ke sini. Kiranya memberi upah kepada suami kerana bersusah, dan berpenat lelah dia berkebun.
Petang usai makan tengahari yang agak lewat, saya sangat berbesar hati menerima kunjungan ummi Shaklee-Janet. Update berita terkini dan diskus target bulan Februari. Banyak juga sharing dan tips darinya. Untuk pengetahuan, ummi saya merupakan suri rumah berpendapatan 5 angka dari rumah hanya melakukan bisnes Shaklee. In shaa Allah saya juga bakal mengikut jejak langkahnya.
Ummi saya beransur pulang lepas solat asar. Anak-anak sibuk mahu main di luar dengan kawan-kawan. Sejak semalam Nurin sibuk mencuba menunggang basikal tanpa 2 roda kecilnya. Pinjam basikal jiran selang sebelah rumah. Hehe.
Dalam masa yang singkat Nurin sudah boleh seimbangkan badan dan basikal. Alhamdulillah. Hari ini hari kedua dia mencuba untuk menunggangnya. Dengan tekad dan azam ingin mencuba, dia berjaya.
Terima kasih buat kak Ayu yang memberi pinjam basikal anaknya, juga buat kawan-kawannya yang memberi semangat untuk Nurin.
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: