Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar.
Seronok pagi ni. Macam hari-hari biasa juga. Hari Rabu biasanya sibuk banyak sikit sebab saya perlu hantar kedua-dua anak bijak. Nurin & Alya. Hari lain, samada saya hantar Nurin, dan encik suami hantar Alya, atau vice versa. Cuma untuk berlaku adil, hari Rabu saya perlu hantar kedua-duanya. Keluar macam biasa pukul 7 pagi. Paling lewat pun maksimum mesti pukul 7.05 pagi. Kalau tidak, jalan menghala ke Cyberjaya pasti jem. Perjalanan cuma 4km, lebih kurang 4-5 minit sahaja, tapi kalau jem, menangis la juga. Hehe. Melampau pula nak menangis. :p
Nurin sudah cuba mandi pagi sendiri, cuma bab gosok gigi saya kena buat, sebab saya macam kurang yakin. Alya pun sama juga. Mudah nak kejutkan Nurin sebab dia tidur awal semalam. Pukul 9 sudah lena, Alya pukul 10 baru tidur, itupun mama kena tidurkan. Selalu mama cuma baca doa saja. Sebab kakak dah tidur, jadi dia tiada kawan hendak berborak. Alya mahu saya ikat rambut dia pula. Jadi, pagi-pagi mama dah buka salun. Keringkan rambut seorang-seorang dengan hairdryer. Inilah rutin WAHM yang saya senangi. Tujuan utama memang nak membesarkan mereka depan mata kan? Syukur Alhamdulillah.
En suami buatkan sarapan mereka. Agak lama juga suami bersilat kat dapur. Entah apa yang dimasaknya. Hehe. Oh! Home made kentang goreng dengan sandwich. Bertuah anak-anak. Untuk saya? Saya perlu buat sendiri lah. Saya buat scrambled egg dengan roti saja. Dah lama tak makan nasi lemak? Macam teringin je. Esoklaaaa...
Mudah je nak buatnya.
Scrambled Egg (untuk seorang makan)
Sebiji telur
Satu sudu besar susu segar low fat
Few dash black pepper powder
Few dash garam
Cara-caranya
Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan semua bahan yang lain. Kacau pakai garfu sampai hancur dan sebati. Panaskan kuali. Spray sedikit minyak zaitun. Masukkan telur. Kacau pakai sudip telur tu sampai hancur dan masak. Angkat.
Saya makan dengan roti dengan sedikit sos cili. Senang, cepat dan pantas. Janji perut kenyang.
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: