Biar Kaki Sakit, Jangan Kasut Basah! - CIK MIL MILA

Tuesday, April 22, 2014

Biar Kaki Sakit, Jangan Kasut Basah!

Selamat pagi Selasa buat pembaca setia Mila's View Point.

Pagi ni sejuk yang amat sebab hujan lebat semalam. Kami berhujan lagi petang semalam. Pada awalnya saya cuma hendak mengangkat baju kerana kelihatan langit semakin gelap walaupun baru pukul 4:30 petang. Jauh di sudut hati saya rasakan perlu untuk menjemput Nurin dan Alya sekarang. Nurin keluar sekolah pukul 5:35 petang. Masih terlalu awal untuk mengambilnya, perjalanan bukanlah jauh sangat, cuma 5 minit sahaja. 

Tapi bila tengok awan berarak pantas, kedengaran guruh sekali sekala, saya jangka hujan lebat bakal turun dalam masa yang sangat pantas. Sedang berkira-kira samada perlu keluar sekarang ataupun pukul 5:20 nanti hujan mulai turun renyai-renyai. Kilat pula sambung menyabung. Kelemahan saya: takut kilat! Secepat kilat juga saya bersiap-siap untuk keluar.

Cuaca gelap tiba-tiba. Kadang-kadang tu saya terkejut kerana guruh dan panahan kilat yang sangat kuat. Memang gerun saya. Menjerit jangan katalah. Memang takut yang amat. Apakan daya, tiada pilihan. Saya ke sekolah Alya dulu. Payung seakan-akan tidak berfungsi kerana hujan lebat dan angin yang kuat. Kemudian saya meluncur laju ke sekolah Nurin. Masih terlalu awal, maka saya mengambil keputusan masuk ke dalam kawasan sekolahnya walaupun ada papan tanda larangan kenderaan ibu bapa memasuki kawasan sekolah. Darurat!



Untuk mengurangkan ketakutan saya tu, saya berselfie dengan Alya. Eh! Bukan kami tapi Alya yang berselfie dan berchatting dalam whatapps dengan papa. Mengarut-ngarut perbualan mereka. Haha..





Nak tahu apa yang mereka borakkan? Ni sebahagiannya




Tiba masanya saya meredah hujan untuk ke kelas Nurin. Kebanyakan kawannya membuka kasut dan stokin bimbang kasut dan stokin basah, saya pun arahkan Nurin buat macam tu juga. Berkaki ayam. Kegelian dia. Sejuk dan sakit pula tu bila dia memijak tar di dataran sekolah. Hehe...nasib lah anak...Biar kaki sakit jangan kasut basah. Teruk betul mama dia nih. Hehe.

Basah lencun saya. Yang penting Nurin tak basah lencun. Bawa kereta pun perlahan-lahan sebab pandangan terhad. Sempat pula Nurin berselfie untuk tatapan papa dia.


Abaikan background yang mengerikan itu. Bulatnya muka Nurin. Lawak tengok diaorang ni. Penghibur hati mama dan papa. Alhamdulillah...


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: