Karipap Inti Sardin - CIK MIL MILA

Thursday, April 24, 2014

Karipap Inti Sardin

Ya ampun, ada suara-suara yang bertanya:-

"kau ni, WAHM Shaklee ke nak jadi chef ni?"

"Of course Shaklee, chef ye juga sebab kan aku kena masak untuk family. Alang-alang dah masak, apa salahnya aku share kan? Semua orang perlu makan kan?"

Jangan marah ya. Saya suka makan. Bila suka makan, perlulah suka masak juga. Kalau tak sia-sia je duduk rumah kalau terpaksa beli setiap hari. Semalam petang lepas pulang dari mengambil anak-anak syurga, kami (read:kami-mama-nurin-alya) masuk dapur untuk buat karipap aka epok-epok. Boleh bayangkan tak dapur sekangkang kera itu dipenuhi oleh 3 orang perempuan yang meleTOPS ni. Menu minum petang karipap berintikan sardin dan kentang.

Resepi seperti biasa saya google, dan jumpa yang berkenan di hati. Tapi saya olah ikut kesesuaian ketika itu.

http://mas-dapurmas.blogspot.com/2012/10/karipap-ros-sedapbest-sangat-pastrynya.html

Terima kasih tuan punya blog. Alhamdulillah, menjadi kulit karipap saya. Rangup dan sedap.

Karipap Ros Sedap 

By : Ros Jintanmanis
Sumber : Izahdaut

Untuk Pastry Rapuh

Bahan :

400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. 
*saya tak sempat nak tunggu sejam, jadi saya letak doh dalam plastik dan simpan dulu dalam freezer, 15 minit je. 
Untuk Inti Sardin
Satu tin sardin yang kecil
Sebiji kentang Russet yang besar-dipotong dadu kecil-kecil
Sebiji bawang besar - hiris nipis
3 biji bawang putih - diketuk
1/2 inci - hiris besar-besar
2 sudu cili giling
Sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, bawang putih dan halia sehingga naik bau
2. Masukkan cili giling hingga pecah minyak.
3. Masukkan kentang yang dipotong dadu disertai dengan sardin
4. Biarkan mendidih sehingga kentang menjadi lembut. Hancurkan isi sardin ikut citarasa
5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula perang. Biarkan kering dan angkat. 
6. Sejukkan.

Cara mengelim.

Tengok gambar ye.

1. Ambil sedikit adunan dan bulatkan kecil-kecil. Ikut saiz yang dihajati.
2. Gunakan roller untuk meratakan doh. 
3. Isikan inti
4. Kelim. Ikut citarasalah masing-masing. Nak guna acuan pun boleh. Guna garfu pon boleh.

Dah siap kelim, goreng dengan api sederhana. Jangan panas. Nanti menggerutu pula karipap tu. Hihi.

Siap!







Makan panas-panas di waktu sejuk begini memang sedap. Terima kasih bagi tuan punya resepi. Semoga Allah melimpahkan rezekimu. Alhamdulillah atas kurniaanMu ya Allah...

Dah makan makanan tinggi kalori ini, jangan lupa makan Omega Guard dan Alfalfa. Semoga tak sempat lah kolesterol tu melekat dalam salur darah kita tu ye.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: