Nurin sudah pandai menabung tau. Subhanallah. Dia punya target tahun ini. Apa yang dia mahukan ialah sepasang kasut roda. Anggaran harganya RM100 ke atas.
Setiap hari kami akan bekalkan dia makanan pagi. Dia bersarapan di rumah, biasanya cereal seperti cornflakes, cocoa crunch atau honey star bersama-sama dengan low fat milk. Minuman wajibnya pula susu bersama-sama dengan meal shakes dan ESP. Bekalan dia biasanya suami yang buatkan. Pelbagai. Kadang-kadang sandwich telur, french toast, mee goreng, baked potatoes etc. Dipelbagaikan supaya dia tidak jemu. Encik suami juga memberikan dia RM2 setiap pagi dan sebotol air kosong 800ml.
Oleh kerana dia sudah ada bekalan dan air, maka wang RM2 tidak akan digunakan, jadi duit itu di carry forwardkan untuk kegunaan sekolah agama pula. Di sekolah agama, saya perhatikan hanya RM1 digunakan untuk membeli makanan seperti nugget atau mihun sup untuk mengalas perut. Saya mahu bawakan bekal untuknya tapi dia menolak. Tahu apa alasannya?
"Nanti, kakak tak panda kira duit. Asyik makan bekal je. Bila nak guna duit ni"
Huhu. Betul juga alasannya. Practice makes perfect. Hehe
Sejak seminggu kebelakangan ini, dia minta saya bekalkan makanan tengahari untuk dibawa ke sekolah agama, walaupun dia memang makan tengahari di rumah. Siap tanya,
"Mama, ada lauk lebih tak? Kakak nak bawak bekal!"
Sudah menjadi adat di rumah ini, masak cukup-cukup je mengikut ahli rumah, melainkan jika ada tetamu. Kalau hari biasa saya perlu masak 6 portion. 2 portion untuk tengahari dan 4 portion untuk makan malam. Nasi cuma 1 1/4 pot. Ikan 6 ekor atau ayam 6 ketul. Memang ngam ngam lah! Bila dia mahu bawa bekal, kami biasanya kekurangan 1 portion. Hahaha...kena top up la petang nanti gamaknya.
Tak mengapalah. Sekurang-kurangnya dia makan makanan yang dimasak dirumah. Air tangan mama dia sendiri. Nampak bezanya sikapnya sejak saya masak secara konsisten. Lebih mendengar kata dan mudah diurus berbanding sebelum ini.
Jadi, Nurin boleh save RM2 setiap hari. Alhamdulillah..
Berapa yang anda berikan kepada anak anda duit belanja setiap hari? Nurin cerita kawan-kawan dia bawa RM10 setiap hari, dan generously shopping di kantin dan book shop. Mama dan papa gigih explain kenapa RM2 is enough. Alhamdullillah Allah permudahkan.
"Sebenarnya Nurin tak perlu bawa duit pun. Sebab Nurin sudah ada makanan dan air. Kalau perlu stationeries, mama dan papa sendiri yang belikan, sebab bookshop jual mahal!"
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: