Terima Kasih Suamiku..... - CIK MIL MILA

Wednesday, April 23, 2014

Terima Kasih Suamiku.....

Rumah dibina dengan batu, simen, pasir dan kayu.

Rumahtangga dibina dengan cinta, kasih sayang, rindu, tolong menolong, toleransi dan hikmah



Alhamdulillah...syukur tak terhingga kerana dianugerahkan suami yang terbaik untuk saya. Lelaki itu, lelaki yang saya admire semasa zaman belajar di UPM. Kawan baik, kawan gurau, kawan yang prihatin dan sentiasa bersedia menolongku walau apa jua keadaannya. Malah dia lah kawan yang mendengar keluh kisah cinta terdahuluku dahulu. Saya sendiri pula pernah menjadi posmen untuk surat cintanya kepada kawan sekuliah! Betapa dari kawan karib menjadi teman sebilik.

Kisahnya panjang. Saya pendekkan bila arwah ayah mertua 'meminang' saya untuk si dia. Melompat-lompatlah saya! Haha. Tarikh keramat 13 Mei 2006. Sudah hampir 8 tahun pernikahan kami.

Mendapat suami itu nikmat, mendapat suami yang soleh itu rahmat. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah..

Suami saya sentiasa berada di sisi walau apa keadaan sekalipun. Waktu senang, waktu susah. Ingat lagi kami naik motor kehulu kehilir (walaupun ada kereta) kerana keadaan trafik yang sangat sesak, berhujan, berpanas dan berbau asap. Bila sakit, dia sanggup mengambil EL kerana isterinya ini manja dan lembik. Haha. Masak bubur untuk saya. Banyak kali saya jatuh sakit dengan pelbagai jenis sakit. Ketika mengandung, sewaktu anak kecil malah hingga kini, dia banyak sangat membantu hal-hal domestik. Kemas rumah, masak, menjaga anak, buat susu anak, basuh baju, sidai baju, mop lantai, and the list goes on. Terlalu banyak. Tak tersenarai...

Subhanallah. Dia melengkapi kehidupan saya dan anak-anak.

Ketika mula-mula bergiat dalam bisnes Shaklee, suami izinkan dengan tetapi ada syaratnya. Katanya, dia hanya boleh membantu hal-hal rumahtangga tetapi bukan menolong bisnes ini secara langsung. Back end je. Kali pertama saya pergi ke kelas, saya pergi seorang diri. Suami menjaga anak-anak. Bagi saya keizinannya lebih penting dan kesudiannya menjaga anak-anak sudah cukup baik bagi saya.  Bila dia melihat saya bersungguh-sungguh, dia mula menolong sikit demi sedikit. Belikan stok di HQ, mula tolong saya COD kepada customer dan poskan barang. Kalau dulu saya pergi kelas seorang diri, kelas kedua dia mula menemani dan menyertai saya bersama anak-anak. Sukaaaaaaaaa sangat!...Sokongan dia buat saya kuat dan bersemangat. 

Saya mengambil risiko dengan nekad untuk Work From Home dan menjadi WAHM (Work at Home Mama). Suami sokong, walaupun berat. Hehe. Impian saya, mahu suami juga menjadi seperti saya WAHD (Work at Home Dad). Walaupun pendapatan saya belum hebat seperti upline-upline saya, tapi saya yakin suatu hari nanti niat suci murni ini akan dimakbulkan Allah. Suatu hari nanti, suami saya mesti jadi WAHD seperti upline saya puan Jannatul Fadilah dan suaminya Fadlishah. Untuk pengetahuan, mereka berdua ialah coursemate kami di UPM!

Inila dia orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya kepada Shaklee dan WAHM.


Mereka berdua begitu gigih membangunkan empayar bisnesnya dan membimbing saya dan anak-anak didiknya yang lain. Terima kasih ummi.

Terima kasih juga kepada Nenda, Master Norita Idris (panggilan mesra, kak N) dan suami Master Naquib (Abang Naquib). Tanpa mereka tiadalah ummi saya, tiadalah juga saya kan? Mereka berdua merupakan orang pertama yang memperkenalkan Shaklee di dalam dunia blogger. 

Lihatlah wajah mereka semua, tak ditelan usia. Sebab apa yer? Tentulah kerana pemakanan vitamin Shaklee selama 13 tahun!


Yang di bawah ini pula ialah upline kepada Nenda iaitu moyang (super upline) kami yang juga ibu bapa mertua Kak N, Uncle Hj Hussain dan Auntie Hjh Salwa. 







Selepas super upline, sudah pasti ada lagi upline kepada super upline iaitu Master Hj Roslan (super moyang) dan Grand Master (super super moyang) yang juga asal usul keturunan Shaklee kami, Master Fredie Lee yang sangat berjaya dalam Shaklee. 


Begitulah susur galur group Shaklee saya. Buat anak-anak dan keturunan Shaklee saya, belajarlah mengenali asal usul Shaklee kita ye. Sama juga kita mengenali datuk nenek moyang kita. Perkara ini penting kerana, melalui mereka banyak yang kita boleh belajar. Susah payah, pahit manis pengorbanan mereka dalam bisnes ini.


Akhir kata (macam ucapan pula),  Saya yakin boleh menjadi seperti mereka!

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: