Ujian: Nurin Admitted di Hospital Serdang - CIK MIL MILA

Thursday, April 3, 2014

Ujian: Nurin Admitted di Hospital Serdang

Sudah lama tidak menitipkan cerita terkini anak-anak saya. Barangkali kawan-kawan Facebook memang sudah tahu yang anakanda sulung saya dimasukkan ke Hospital Serdang selama sembilan (9) hari. Agak lama bagi saya. Sesungguhnya ujian ini memedihkan tapi saya lalui dengan redha. Bukankah itu tanda sayang Allah kepada kami.

Ceritanya begini. Hari Khamis kami sekeluarga makan di luar. Sebenarnya saya sudah masak, tapi kebetulan kami perlu ke pasar untuk membeli keperluan dapur yang sudah kehabisan. Agak tergesa-gesa juga ketika itu kerana kami mengejar solat maghrib. Akhirnya kami bersolat di stesen petronas berdekatan. Anak-anak sudah pun lapar, jadi kami berhajat untuk makan di Giant yang berdekatan. Saya kurang berselera tetapi saya order juga makanan panas. Suami dan Nurin berkongsi menu Sizzling Hot Plate. Berselera sungguh mereka makan.

Kami pulang ke rumah dan seperti biasa saya ditugaskan untuk mengemas barang-barang yang dibeli. Anak-anak bersedia untuk tidur kerana keesokan harinya mereka perlu bersekolah. Usai mengemas saya ke bilik anak-anak untuk membacakan doa-doa sebelum tidur.

Kami dikejutkan sekitar jam 4 pagi oleh Nurin. Banyak kali dia mengetuk pintu bilik. Katanya sakit perut dan loya-loya. Dia muntah di bilik air. Suami memberikannya minyak angin untuk disapu. Kami sambung tidur kembali. Keesokkannya, saya mengejutkan anak-anak untuk bersiap ke sekolah. Nurin menangis katanya perutnya sakit. Dia tak larat ke sekolah. Nampaknya dia sakit sangat. Jadi saya membawanya ke klinik. Doktor kata mungkin 'angin'. Badannya mula panas tapi dia tidak demam ketika itu.

Balik rumah, selepas menyuapkannya makan, saya beri dia Nutriferon dengan Performance drink. Beberapa ketika dia muntah-muntah dan tiba-tiba badan dia menjadi panas. Demam pula. Risau kemain. Saya mandikan dia sebab baju-bajunya kotor dengan muntah. Kemudian dia tidur sepanjang hari.

Demam nya on and off sepanjang hari. Saya sentiasa basahkan kain untuk dilap di celah ketiak dan dahinya. Selera makannya kian merosot. Cuma 2 3 sudu sahaja. Aduhaii anakanda..buat mama risau. Malamnya pun bagitu juga. Muntah sudah berkurang tetapi demamnya kejap datang dan pergi. Saya cuba untuk memberinya ubat tapi dia memang tak boleh terima. Saya tidur dengannya dan Alya malam itu. Risau jika demamnya bertambah parah. Terasa sempit pula tidur bertiga sekatil bertambah dengan Alya yang lasak. Bertabahlah mama!

Hari Sabtu 15.03.2014

Pagi-pagi saya bau yang tak menyenangkan. Rupanya Nurin tercirit tanpa sedar. Dia tidur. Saya kejutkan dia untuk mencuci. Sungguh lemah badannya. Sepanjang hari itu, dia cirit birit lebih dari 7x. Saya terpaksa meminta suami membelikan diapers untuk Nurin. Suami juga bukanlah sihat sangat. Dia juga turut demam dan cirit birit. Sahlah, puncanya dari makanan yang mereka makan di Giant!

Hari Ahad: 16.03.2014

Keadaan cirit birit Nurin tidak berubah. Dia makan sangat sedikit. Minum pun sedikit.  Keluarnya banyak. Makannya sedikit. Matanya semakin cengkung. Penat saya paksa tapi begitu juga. Demamnya sudah kebah. Petang itu saya ajak Nurin dan Alya main di luar rumah, tapi seketika saja, Nurin kata dia letih mahu baring. Cuaca di luar juga tak menarik. Jerebu semakin parah.

Malam tu hujan. Alhamdulillah. Semoga jerebu berkurangan lah. Saja saya suruh suami bawa kami keluar. Duduk dalam rumah sahaja pun membosankan. Nurin lemah tapi saya ajar dia supaya kuat. Jangan ikutkan sangat sakit tu.

Hari Isnin: 17.03.2014

Saya mengajak suami ke klinik lagi. Suami kata kita pergi klinik dan ambil surat reference untuk ke hospital. Mulanya saya mahu ke hospital swasta dengan menggunakan kad insurans tapi suami membantah.Dia lebih suka ke hospital kerajaan. Saya mengikut saja. Bab-bab ni suami lebih arif.

Doktor kata Nurin memang dehydrated. Moderate. Dia buat surat rujukan untuk ke Hospital Serdang. Saya memang sudah menyiapkan sedikit persalinan untuk Nurin sekiranya dia perlu ditahan wad tetapi saya lupa untuk persalinan saya. Haha

Kami tiba di hospital sekitar pukul 11 lebih. Suami menurunkan saya dan Nurin di unit kecemasan. Beberapa minit kemudian dipanggil dan diminta mendapatkan nasihat doktor. Nurin dikategorikan sebagai kritikal. Huhu. Doktor membuat keputusan Nurin perlu dihantar ke wad pemerhatian selama 2 jam. Selepas itu sekiranya masih perlukan rawatan dia akan ditahan wad. Saya redha sebab inilah yang terbaik. Jika di rumah pun saya tidak tahu bagaimana hendak memujuk Nurin minum dan makan. 

Tangannya dicucuk untuk dimasukkan branular. Dia perlukan 'correction' kerana banyak kehilangan air dan mineral dalam badan. Level potassium dalam badannya sangat kritikal.



Pukul 8 malam baru Nurin dihantar ke wad 5B. Agak lama tapi nampak juga sedikit perubahan pada Nurin. 

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: