Alhamdulillah. Semalam merupakan hari pertama saya berpuasa dalam tahun ini. Malu saya nak sebut sebab ah..teruk benar saya ni. Bukankah kita disunatkan berpuasa setiap Isnin dan Khamis. Banyak sungguh alasan . Sedih..
Pengalaman berpuasa untuk hari pertama biasanya penuh dengan drama. Ingat lagi zaman saya bekerja, bila pertama kali puasa memang selalu sakit kepala. Pening sepanjang hari dan tak boleh nak fokus buat kerja. Faham-faham je la, hari pertama setelah berbulan-bulan makan. Sahur berat macam mana pun mesti pagi-pagi dah lapar dan yang tak bestnya tu pening sangat. Hari kedua keadaan menjadi normal.
Alhamdulillah, sejak kerja dari rumah ini, semuanya berjalan dengan baik, syukur. Sebenarnya puasa kan mengawal nafsu, bukan nafsu makan minum sahaja, ia juga puasa minda, puasa anggota dan puasa nafsu-nafsu lain. Ia semuanya tentang iman dan juga tentang kita menjaga fikiran. Fikirlah positif. Saya membayangkan orang-orang susah serata dunia yang tak punya cukup makan. Alah...apalah sangat kita ni berbanding mereka. Insaf :(
Saya juga masak tengahari seperti biasa kerana Nurin perlu makan sementelah dia melalui peperiksaan minggu ini, sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Menu yang menjadi pilihan Nurin ialah tomyam. Saya masakkan dia tomyam ayam, kangkung belacan dan telur dadar. Menu yang sama saya panaskan untuk buka puasa tetapi....suami saya tukang rasa dan tukang adjust rasa masakan saya. Maklum orang puasa masak campak-campak tanpa rasa. Hehe...
Saya tambah juga jemput-jemput sebagai juadah berbuka puasa, kali ini resepi baru pilihan suami. Apa dia? Jom kita kongsi resepi.
Jemput-Jemput (jagung, taugeh, kucai, bawang besar, bawang putih)
Bahan-bahan
Tepung gandum-ikutlah banyak mana. Saya guna lebih kurang 300gm
Jagung manis-saya guna whole kernel dalam tin jenama Ayam Brand. Nak guna yang fresh lagi best!
Taugeh-segenggam
Kucai-segenggam, dipotong kecil-kecil lebih kurang seinci
Bawang besar sebiji-dipotong dadu
Bawang putih - dipotong dadu
Sedikit garam
Cili padi dicincang (optional)
Air panas mendidih
Cara-cara
Satukan semua bahan kecuali cili padi dan air panas. Kacau rata-rata. setelah semua nya sebati baru masukkan air panas mendidih sedikit-sedikit. Kacau. Masukkan air dan kacau lagi sehingga adunan menjadi pekat. Jangan sampai adunan cair.
Lupa nak ambil gambar step terawal. Paling penting adunan pekat supaya mudah dibentuk. Jika adunan cair, ia tidak boleh digoreng kerana melekat dengan minyak. Faham ker??
Cili padi saya letak ke dalam adunan selepas dua kali gorengan supaya anak-anak saya tak tergigit cili nanti. Adunan terakhir itu khas untuk saya dan suami. Haha.
Goreng sehingga kekuningan dan garing.
Garing seperti ini
Lepas tu makan panas-panas cicah dengan sos kegemaran. yang pic bawah ni makan sebagai supper. Sebab perlu ulangkaji untuk peperiksaan dulu.
Selamat mencuba ya.
Amaran!! Jemput-jemput seperti ini perlu digoreng dengan minyak yang banyak jadi ia sangat tinggi kolesterol dan kalori. Untuk selamat, buat sekali sekala sahaja dan ambil supplement emulsifier seperti lecithin dan omega guard untuk jantung yang sihat. Untuk kesan terbaik ambil alfalfa untuk singkir kolesterol yang sudah diemulsi.
Jangan gundah kerana harganya mampu milik. Hubungi saya untuk belian. Konsultasi percuma disertakan.
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: