Ibu bapa sekarang sanggup berhabis-habisan untuk anak-anak. Belikan buku-buku, hantar tusyen, kelas-kelas kemahiran malah tak kurang juga yang lengkapkan anak dengan permainan atau gadget-gadget yang canggih sebagai keperluan masa kini.
Biarpun begitu betapa ramai yang sanggup berhabis-habisan untuk kesihatan anak-anak. Hanya ibu bapa yang tidak peka sahaja akan terlalu cerewet untuk membelikan anak mereka keperluan untuk pembesaran dan pertumbuhan. Ini termasuklah pemilihan makanan harian dan juga makanan tambahan.
Memang ramai ibu bapa yang memberi anak mereka makan makanan ringan @ jajan @ junk food seawal si anak boleh makan (termasuklah saya). Dengan alasan sesekali sahaja. Sungguhpun begitu perlu diambil kira kekerapan memberi mereka makanan ringan. Tafsiran sesekali itu subjektif. Sekali sehari pun sesekali juga kan? Saya sedang dalam usaha mengurangkan pengambilan makanan ringan anak-anak saya termasuk aiskrim. Saya tahu makanan ringan bukanlah pemakanan yang diperlukan oleh si anak tetapi untuk mengambil hati mereka saya kecundang juga.
Saya perasan bila anak-anak makan makanan ringan, mereka tidur lewat dan lebih aktif pada waktu malam sedangkan itu waktu tidur mereka. Bila mereka asyik bermain dan tidur lewat saya bermasalah untuk mengejutkan mereka pada waktu pagi. Kadang-kadang anak belajar main-main atau tak fokus, anak itu pula yang saya marah.
Selalu kita dengar, bila dapat anak, rezeki semakin bertambah. Orang kata, rezeki anak. Tak salah kalau kita keluarkan belanja yang besar untuk pembesaran dan pertumbuhan anak yang sihat. Bila mereka sihat, emosi mereka lebih stabil, ingatan mereka kuat dan mudah menerima pelajaran. Kita sebagai ibu bapa senang hati bila anak sihat, ceria, bijak belajar dan mendengar kata.
Selain Meal Shakes, omega adalah antara supplement yang bagus untuk diberi kepada anak untuk membekalkan DHA kepada otak seterusnya membantu meningkatkan sistem imunisasi.
Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan terbaik di pasaran. Ianya dihasilkan daripada ikan laut dalam. Proses penghasilannya amat teliti dan ketat kerana ia perlu melalui proses penyulingan propritari 3 molekul. Iaitu hanya Omega 3 yang tulen sahaja yang diekstrak manakala bahan-bahan berbahaya seperti merkuri, plumbum, kadmium dan yang lain-lain disingkirkan daripadanya
Omega Guard Shaklee sangat berbeza daripada kebanyakan Minyak Ikan lain kerana ianya 3 kali lebih tumpat dan mengandungi 99% Omega 3 yang diperlukan untuk merangsang Minda Genius Anak Pintar anda. Kebanyakan Minyak Ikan dipasaran diekstrak daripada hati ikan yang sangat bertoksik.
Omega Guard Shaklee mengandungi DHA & EPA yang diperlukan untuk perkembangan otak anak anda. Setiap hidangan mengandungi 540mg EPA dan 360mg DHA iaitu lebih banyak jika dibandingkan dengan jenama-jenama yang lain.
Hubungi saya untuk membuat pesanan.
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Saturday, May 3, 2014
Omega Guard Shaklee untuk Anak yang Bijak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments: