Seorang teman meluahkan rasa hatinya, pening dan rambang mata memilih set berpantang atau set bersalin di pasaran. Terlalu banyak dan semuanya menyatakan paling bagus di pasaran. Beliau banyak menghabiskan masa ketika mengandung dengan membuat survey set bersalin yang sekaligus boleh membantu dia membanyakkan susu untuk bakal anak yang dilahirkannya.
Dia dalam dilema untuk makan jamu kerana pengalaman sebelumnya, jamu yang dibeli tidak dapat dimakan langsung kerana anaknya menghidap demam kuning. Doktor dan jururawat menentang keras pengambilan jamu sepanjang tempoh berpantang.Ia dipercayai menambah risiko untuk bayi yang demam kuning kerana hati bayi masih belum kuat untuk memproses susu yang mengandungi jamu yang dimakan oleh si ibu.
Sekarang punya banyak pilihan. Ada juga set homeopati, supplemen dan vitamin sebagai set berpantang. Saya tidak punya pengalaman berpantang dan menyusukan anak dengan mengambil vitamin Shaklee. Waktu itu, saya tidak membuat penyelidikan yang extensive tentang vitamin untuk ibu mengandung, berpantang dan menyusukan. Alangkah ruginya, tetapi sekarang saya belajar dari kesilapan. Saya buat penyelidikan yang penuh malah saya sendiri mendapat banyak testimoni dari rakan-rakan dan adik beradik yang berpantang dengan mengamalkan vitamin Shaklee.
Pada awalnya saya berpendapat vitamin
membantu membanyakkan susu. Hakikatnya, vitamin-vitamin ini tidak membanyakkan susu tetapi ia memberi tahap kesihatan dan tenaga kepada si ibu.
Memang ada bezanya apabila makan vitamin dengan tak makan vitamin. Pemakanan seharian masa kini tidak seimbang memandangkan ketika berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil dipercayai sejuk, angin dan boleh menambah bisa di badan. Tidur ibu yang berpantang memang tidak akan lengkap 8 jam sehari kerana menjaga bayi yang baru lahir membuatkan ibu-ibu mudah keletihan.
Sumber: Google |
Maka pengambilan
vitamin membuatkan ibu rasa sangat berbeza. Susu menjadi banyak sebab dengan makan vitamin, badan ibu
sihat dan cergas. Maka ibu dapat kerap susukan bayinya. Dari situ
susu bertambah banyak kerana bayi kerap menyusu.Kita berbalik kepada konsep penyusuan iaitu 'supply and demand'. Memang ada sesetengah orang merasakan tidak perlu mengambil
vitamin. Harus diingat, bukan mudah untuk ibu berpantang mengamalkan makanan seimbang dan memenuhi piramid makanan. Di sinilah peranan vitamin sangat penting. Ia menampung kekurangan nutrisi terutamanya kepada ibu berpantang untuk mempercepatkan pulih luka sekaligus menyusukan bayi. Ini sangat kritikal kerana bayi yang baru lahir sangat memerlukan nutrisinya untuk membesar dengan susu ibu. Susu ibu susu yang terbaik di dunia
Demam kuning bayi yang baru lahir mudah pulih dengan susu ibu. Ibu-ibu dinasihatkan menyusukan bayi sekerap mungkin. Jangan risau jika bayi demam atau selsema, kerana vitamin yang dimakan oleh ibu boleh membantu menyembuhkan penyakit bayi melalui susu ibu, dengan izin Allah juga. Ibu-ibu amalkanlah pengambilan vitamin sebagai pelindung kepada bayi.
Syukur sebab sejak kebelakangan ini set berpantang atau set bersalin Shaklee mendapat banyak permintaan. Ramai juga berpantang dengan vitamin Shaklee dan mengakui perbezaan ketara dengan
pengalaman bersalin sebelum ini. Benar, badan ibu bersalin memerlukan vitamin
untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Bukan sahaja cepat pulih, malah membantu menyusukan anak dengan cemerlang. Stok EBM pun boleh dibuat dengan jayanya ketika berpantang
Paling utama, ianya selamat untuk ibu dan juga bayi.
Set Bersalin/Set Berpantang Lengkap |
Sekiranya anda masih mencari-cari set bersalin, apa kata anda cuba mengamalkan pengambilan vitamin Shakle? In shaa Allah, bukan sahaja cepat pulih dari luka bersalin, buat anda bertenaga ia juga mampu memudahkan penyusuan anda dan bayi. Ia juga sesuai untuk anda yang bersalin secara pembedahan.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: