Alhamdulillah...Alhamdullilah...
Perkahwinan kami tahun ke 8. Sangat bersyukur. Semakin lama semakin sayang. Hidup dalam mawaddah warahmah. Terlalu banyak suka duka turun naik kehidupan, suami saya tetap di sisi bersama-sama menghadapinya. Anak-anak sedang membesar dan menghiburkan dengan keletah mereka yang kadangkala menguji kesabaran. Itulah saham akhirat kami.
Mudah-mudahan kami sekeluarga akan sentiasa dipandu dan sentiasa mendapat hidayah, kerana kita tidak akan tahu apa yang terbaik untuk kita. Hanya Allah yang tahu. Mudah-mudahan dapat mengerjakan suruhan Allah dan nahi mungkar dan menyusuri kehidupan di dunia ini dengan tenang dan aman sehingga dapat bertemu dengan Allah di akhirat nanti. Semoga dapat melihat wajah Allah, Tuhan sekelian alam.
Bersyukur kerana masih menikmati keindahan berumahtangga. Alhamdulillah. Terima kasih atas ucapan dan doa sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 8. Belum sempat untuk saya respon satu persatu. Saya doakan semua mendapat kebahagian seperti mana yang diinginkan.
Sempena ulangtahun perkahwinan kami, saya berhajat untuk masak sendiri. Selalunya kami akan makan di tempat-tempat istimewa, tapi kali ini ada kelainan sedikit. Saya mahu masak makanan kegemaran anak-anak sebagai menghargai kasih sayang mereka selama ini. Menu saya , seperti menu raya juga. Cuma menunya terhad berbanding juadah hari raya.
Lontong Versi Saya-Johor |
Nasi Impit Mini |
Kuah Lodeh |
Kuah Kacang |
Rendang Daging |
Mangga Water-Lily sebagai hiasan |
Dessert of the Day-Puding Mangga |
Version Mini |
Alhamdulillah...
Petang semalam kami ke GM Klang untuk mencari hadiah hari guru untuk anak-anak. Penat juga menapak di dalam mall itu tapi kami anggap je exercise. Seronok juga. Ini tangkapan kami sewaktu ke sana. Bayangkan ada 2 orang anak perempuan yang suka melawa ni.
Hadiah untuk guru mereka tak dapat la saya nak kongsi sebab tak surprise pula nanti. Haha.
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: