Huwaaaa.... hari ini bermula dengan lambat. Pukul 11:30 baru masuk office. Sebab tangan gatal nak buat roti jala cicah dengan kuah kari lebihan semalam. Semalam en suami masak kari ayam. Sedapnya hingga menjilat jari. Sudah lama tak pekena air tangan si dia. Rinduuu gitu! Kari ayam dah jadi kuah kari saja sebab ayam habis licin dimakan. Oleh kerana saya ni kreatif kan, saya masukkan daging frozen yang sudah masak. Hehe.. lama juga nak defrost tu. Hasilnya tidak mengecewakan. Saya ni bukanlah pandai sangat pun nak menjala roti tu. Bedal je lah. Yang penting kami anak beranak kenyang!
Nak resepi ker? Sempoi je lah resepinya. Macam buat lempeng. Tapi kalau lempeng saya tak letak telur. Untuk roti jala ni kena ada telur, tak tahu lah kenapa ek. Ikut resepi orang-orang tua sambil-sambil google juga untuk cross check sukatan.
Roti Jala (untuk 4 orang makan)
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
3 biji telur ayam
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning telur
Semua bahan di atas blend aja kasi sebati. Dah siap adunan. Terus la menjala. Guna kuali non stick. Saya punya kuali rasanya macam 8" kot.
Mungkin saya terletak sikit sangat pewarna tu. Memang takut nak guna banyak-banyak. :p
Nampak pucat je kan? Tak kisah lah! Janji bleh makan.
Comotnya lah kari tu. Abaikan je la. Maklum semua orang dah lapar nak ngap! Oleh kerana roti jala tu masih banyak, masak tengahari pun lewat sikit lah.
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Wednesday, June 11, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments: