Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah Taala kerana atas rahmatnya, saya diberikan kesempatan dan peluang untuk mengandung lagi. Setelah hampir 3 tahun saya berdoa, berusaha dan tawakkal, akhirnya Allah memakbulkan doa saya, doa suami, doa keluarga, doa orang-orang baik seperti anda semua.
Tak perasan pula yang saya sebenarnya berbadan dua. Period saya datang seperti biasa sebelum puasa. Cuma lebih kepada staining. Badan memang agak lemah berbanding sebelum ini. Saya fikir mungkin ini antara simptom virus Hepatitis B. Loya dan pening-pening. Entah kenapa saya boleh fikir ini antara simptomnya. Mungkin saya terlalu banyak membaca tentang virus ini. Jadi saya teruskan berpuasa macam biasa. Ada kalanya lemah tak bermaya macam nak pitam. Memang terpaksa batalkan puasa kalau tidak saya memang tak larat. Mahu ambil dan hantar anak sekolah lagi.
Bila bulan puasa hampir ke penghujungnya, saya rasa sepatutnya saya sudah period semula kerana cycle period saya cuma 21 hari. Sudah terlewat dan biasanya cycle saya memang tepat. Maklumlah sejak saya makan vitamin-vitamin Shaklee, period saya memang cantik dan lancar sekali.
Banyak kali saya desak suami beli pregnancy test, tapi suami saya sibuk lain macam sikit bulan puasa ni. Haha.. asyik terlupa. tak mengapalah. Saya pergi cari sendiri. Beli 2 pula tu. Yang RM8 satu set. Haha....murah sangat. Tak sempat nak tunggu first urine in the morning. Balik amik Nurin saya tengahari tu saya terus check. Ni yang keluar...
Kalau zoom kat situ, line lagi satu tu memang ada. tapi very thin and samar-samar sangat. But there is a line. Hmm.. terasa menyesal pulak buat test tengahari buta. Haha.. Kecewa pula sebab macam tak lekat je. Banyak kali tengok ni. Pregnant ke tak ni?
Eh! dah pukul 11 ni. Nak masak dulu nanti saya sambung cerita.
Nak vitamin Shaklee?
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: