Lama betul saya tak blogging. Mood bulan 7 ke laut. In fact too many things happened at that month. Good and bad. Somehow, I am back on track. Jangan ingat saya hilang pula ye. Hehe
Bulan Ramadhan yang lepas, bukanlah bulan Ramadhan terbaik saya. Kesihatan sangat kurang memuaskan. Puasa pun tak berapa sempurna. Ada beberapa hari saya terlalu lemah dan hampir pitam. 7 hari saya tak puasa. 2 hari terawal kerana period. Bukanlah period sangat sebenarnya, lebih kepada staining. Hari selebihnya kerana keadaan lemah longlai tak bermaya. Jenuh saya nak menggantikannya. Semoga Allah beri saya kekuatan.
Solat tarawikh banyak ponteng. Tak dapat ke surau setiap hari. Tak sedap hati tapi apalah daya saya. Nurin tidur seawal pukul 9. Kalau tidur lewat, dia susah nak bangun sahur. Jawabnya lewat ke sekolah pula. Sebenarnya, saya yang terlalu letih dan tak bermaya untuk bertahan. Anak pula jadi alasan. LOL
Abang kandung saya (anak yang ke 5), sakit dan dimasukkan ke hospital. Keadaannya tenat dan menyedihkan. Sepanjang saya di sana, dia tidak sedarkan diri. Keadaannya stabil. Doa saya semoga dia kuat dan tabah melalui hari-hari seterusnya.
Dalam pada saya lemah-lemah tu, saya dapat juga menyiapkan tempahan Almond London untuk customer. Suami saya beriya-iya sungguh buat marketing untuk saya. Kebanyakannya customer tetap. Saya tidak berhajat nak extend marketing kepada kawan-kawan saya, sebab saya tahu kemampuan fizikal saya kalau order banyak nanti. Syukurlah, walaupun cuma 50 botol, tapi saya puas hati. Dapat deliver on time dan cover balik modal. Untung boleh tahan juga. Harga jualan saya murah je. RM23 untuk satu jar 50pcs.Terkejut juga bila saya survey harga pasaran RM28-RM30 sebekas. Less than 50pcs pula tu. Mungkin banyak tangan kot.
Almond London |
Oh... yang bestnya, saya dapat join group tadarus di surau kawasan Taman Amanputra. Pertama kali saya join dengan diaorang. At first, memang janggal sebab saya tak pernah bercampur gaul dengan mereka. Dup dap dup dap. Suami saya excited bila saya kata saya nak join. Dia yang contact Ketua Tadarus tu. Hihi. Alhamdulillah... Banyak yang saya belajar. Sungguh pun saya ni berpendidikan Sekolah Agama Johor, (Darjah Khas pula tu), arwah emak dan abah pula mengajar al Quran masa saya kecil-kecil dulu... tapi bila dah besar-besar ni ilmu tajwid nampaknya ada yang menyusut dari ingatan. Alhamdulillah, Al Quran boleh baca dengan lancar tapi syok sendiri. Tahu apa maksud syok sendiri? Faham faham je laaa
Photo Credit: Datin Hasiah Kadir |
Bila kita bertadarus, kita baca kawan-kawan yang lain tolong semak bacaan kita terutamanya bab-bab tajwid. Kita rasa macam dah betul, rupanya...eh! ada yang salah. Tu la selama ni baca syok sendiri. Jangan tak baca langsung sudah!!
Ok. I stop dulu. Nak fetch anakanda pulang.
Nak order vitamin Shaklee?
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: