Tentang Mengidam- Kiwi - CIK MIL MILA

Saturday, September 13, 2014

Tentang Mengidam- Kiwi

Sejak dulu-dulu, saya memang la sangat menggemari buah-buahan masam. Ketika mengandungkan Nurin, buah kegemaran saya ialah epal hijau, nanas dan mangga muda. Orang kata nanas tak elok untuk orang yang mengandung kerana ia sangat keras dan boleh menyebabkan keguguran. Tapi saya sangat-sangat hendak makan dan saya makan juga. Alhamdulillah tak jadi apa-apa. Berani betul saya. Seriously buah nanas sangat juicy dan nyummm sedap. Meleleh air liur ketika menaip nih.

Ketika mengandungkan Alya, saya lebih sukakan makanan berprotein tinggi. Steak! Jenuh suami melayan keinginan saya, kerana saya sukakan lamb chop. Sudahlah jauh di Uptown Damansara tu. Sudah nya suami terpaksa belajar masak lamb chop sendiri untuk save budget dan travel jauh-jauh memandangkan Nurin ketika itu masih baby, kurang setahun umurnya.

Untuk yang ketiga ini, saya sangat menggemari buah-buah masam lagi. Bukanlah mengidam, tapi saya memang suka. Suami anggap itu mengidam yang baik. Jadi peti ais saya sentiasa dipenuhi dengan buah oren, kiwi hijau atau kiwi gold.



Slurpp...sedapnyaaaa...

Kita ni, walau sudah megandung untuk kali yang ketiga, masih perlu belajar lagi tentang kehamilan. Banyak ilmu yang sudah luput. Ada satu artikel yang menarik perhatian saya tentang mengidam.

So, jika saya amat menggemari buah-buahan citrus yang masam, maksudnya saya kekurangan vitamin C. Huhu. Saya sangat istiqamah makan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee, tetapi hanya sebiji sehari. Mungkin saya perlu tambah dos, atau makan makanan yang kaya dengan vitamin C. Tahukah berapa banyak vitamin C yang saya perlukan untuk dapatkan 500mg vitamin C? 

2 biji kiwi baru menghasilkan 322.6mg vitamin C. So, we need to eat at least 3 biji lebih sikit untuk mendapatkan 500mg. Harga purata sebiji kiwi ialah RM2.40 sebiji (harga promosi). Untuk dapatkan 500mg, perlu makan 3 biji kiwi yang berharga RM7.20. 30 hari berjumlah RM216 hanya untuk vitamin C. Huh... Nak tahu harga vitamin C Shaklee?
Hanya RM92.50 sebotol. Ada 180 biji. Sebiji mengandungi 500mg vitamin C yang bersifat Sustained Released. Nak tahu apa maksud Sustained Release? Jap lagi saya terangkan. Sehari minima hanya sebiji (nak lebih pun tak per sebab vitamin C larut air). Sebiji vitamin C cuma berharga RM0.50. Yessss...you heard it right. Hanya 50 sen sahaja! 

Nak tahu lanjut apa maksud Sustained Release? KLIK SINI yer.


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: