Kisah Lucu Nurin dan Alya - CIK MIL MILA

Saturday, October 18, 2014

Kisah Lucu Nurin dan Alya

Penat gelakkan Nurin. Lepas maghrib semalam, kami makan satay kat sebelah stadium kajang. Mak yong mengidam!! 

On the way dari Puchong hujan lebat. Nurin tertidur sebab keletihan seharian bersekolah. Jalan sedikit perlahan tetapi masih lancar. Alya steady borak-borak dengan papa.

Bila tiba jenuh juga hendak mengejutkan Nurin bangun dari tidur.  Matanya dah terbuka tapi termenung.  Nyata masih mamai di awangan.  Dia sarung selipar dan saya pimpin dia menuju ke meja makan. 

Makan punya makan, Alya dengan papa yang paling berselera.  Nurin mengendeng sebelah saya. Tangannya erat memegang saya sebab sejuk. Suasana memang sejuk sebab hujan dan penghawa dingin.  Alya makan 7 cucuk satay. Saya 6. Papa 13 dan Nurin cuma 3 cucuk!! 

Puas memujuk tapi Nurin tak berapa ada mood nak makan.  Selepas selesai, kami basuh tangan berjemaah.  Masa ni paling suspense bila kami perasan Nurin pakai kasut  sebelah kanan dan berselipar di sebelah kiri.  Hahahahahaha.  Hadoiii. .. saya gelak sampai keluar air mata. Tu lah... main sauk je selipar.  Tak tengok betul ke tak.  Dalam kereta kami tu, dah macam rak kasut budak-budak rupanya. Penuh kasut diaorg aje. Saya punya sandal satu tu je la sampai rosak saya pakai. 




Kelakar betul. Buat saya teringat kisah Alya pulak. Kisah yang hampir sama tapi berlaku di rumah sendiri. Pulang dari rumah mama mertua.  Agak lewat malam. Dia tidur dalam kereta.  Masa sampai tu, saya kejut dia.  Mata pejam tapi kaki main sarung selipar. Bila kaki dia nak pijak tanah masa turun kereta tu, dia tak boleh nak pijak. Rupanya dia pakai selipar sebelah.  Sebelah lagi kasut 'kotak tisu'. Hahahahahaha.  Boleh pula kaki dia yang comel tu masuk dalam kotak tisu. Kotak tisu tu pula kosong.  Sudahnya dia menangis sebab saya dah suami gelakkan dia kaw kaw.  

Kisah Alya ni dah berlaku lama dah. Berbulan-bulan tapi sampai sekarang saya ingat lagi. Memang lucu sangatlah bila teringat expression wajah dia ketika itu. Hihi.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit  

No comments: