Nota Syukur - CIK MIL MILA

Wednesday, October 29, 2014

Nota Syukur

Terima kasih yang tak terhingga kepada kak Hasnizar, jiran saya yang baik hati. Bagi 6 kuntum bunga telur untuk majlis khatam iqra' untuk anakanda Nurin yang akan berlangsung hari Jumaat ini. Alhamdulillah...alhamdulillah... Allah permudahkan untuk kami sekeluarga. Semoga urusan akak juga dipermudahkan. 



Saya sememangnya tidak menyimpan bunga telur atau apa sahaja door gift dari mana-mana wedding kerana tiada tempat untuk diletakkan. There is no display cabinet in my house. Bunga hiasan pun tiada ye. Suami kata tu semua perangkap habuk. Unless we have permanent maid to take care of that. True enough, ianya menyenangkan kerja saya juga. Simplicity is the best! Our house memang simple gila. Yang penting ada rasa kasih sayang dan berkat!

Banyak kali saya dengar Ustaz Ebit bagitahu tentang memakmurkan rumah tangga dengan bacaan hadith dalam rumah. Satu keluarga, ibu , ayah, dan anak-anak. Bergilir-gilir membacanya. Jika si ayah di surau atau masjid, ibu mengambil alih membacanya bersama anak-anak.

Rasa semacam bila dah mula praktikkan!

Tenang dan damai. Seolah-olah sudah tidak perlukan hiburan. Hadith-hadith itu lah hiburan sebenarnya. Kurang sikit pengaruh gadget dalam hidup kami. Syukur Allah bagi hidayah ini. Semoga hidayah ini berkekalan selamanya.

 Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

No comments: