Bila Ibu Mengandung Mula Menyangkul aka 'Gardening' Part 1 - CIK MIL MILA

Thursday, December 4, 2014

Bila Ibu Mengandung Mula Menyangkul aka 'Gardening' Part 1

Saya suka bercucuk tanam. Dari kecil saya memang suka 'kacau' pokok-pokok bunga atau pokok sayur arwah mak saya. Ingat lagi saya kena cubit sebab memetik bunga ros kesayangannya. Aduhai, pedih betul, sampai sekarang saya ingat. Arwah mak suka juga tanam sayur, bila dia meninggal, kami adik beradik masih sempat merasa bendi yang ditanamnya sebelum dia pergi. Hmm.. rindu betul padanya.

Penyakit bercucuk tanam ni, berjangkit pula kepada suami saya. Macam-macam pokok dia tanam. Padahal kawasan cuma sekangkang kera je. Merasa juga air tangan dia, pokok jambu air, mangga, mulberry, kedondong, anggur, delima, limau purut, kari, pandan dan pelbagai lagi. Itu tak masuk pokok-pokok yang dah jadi arwah seperti serai, serai wangi, lemon, mas cotek etc. Banyak kalau saya nak list kan. 

Saya akan join dia bila dia mula menjalankan aktivitinya. Kalau dia tak ada, tidaklah saya buat sorang-sorang. Saya ni penakut. Kot-kot keluar katak ke, siput ke, cacing ke...errr... 

Sejak dia sibuk dengan kerja dan aktiviti lain, pokok-pokok yang ditanam dia biar macam tu aje. Dah seperti hutan rumah kami. Kadang-kadang saya tegur juga sebab bila keluar rumah, bangla yang potong rumput tu mesti hon saya untuk ambil dia potong rumput. Rimas betul! Suami kata dia akan uruskan. Jangan risau. Tapi saya tetap juga bebel. Heheh.

Suatu hari tu, entah mengapa, datang pula rajin suami saya. Dia tebang pokok jambu yang sudah merimbun, dan segala pokok di belakang rumah. Saya pun excited, join sekali lah! Saya ambil cangkul dan cangkul serba sedikit pokok-pokok kecil yang tumbuh. Kebanyakannnya anak pokok kari. Sambil-sambil tu saya mencantas pokok limau purut yang sangat meriah. Terkejut suami tengok saya kuat menyangkul. Jangan terkejut ye mak yong bukanlah manja sangat orangnya. Berkat kuasa Allah, semangat gardening dan vitamin-vitamin Shaklee yang saya makanlah ni. Kalau tidak, tak kuasa juga! Habis gondol pokok kari dan pokok limau purut saya kerjakan. Semoga tumbuhlah daun-daun yang lebih meriah dan segar selepas ini. 

Gondol Pokok Jambu Air

Kiri - Pokok Limau Purut, Kanan-Pokok Kari

Part 2 nanti saya cerita bahagian depan pula. Heheh.


Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
 

No comments: