Bila discharged dari hospital automatik nurse akan datang rumah untuk cek ibu dan anak . Kali ni sangat istimewa sebab saya dijadikan bahan ujikaji untuk latihan nurse. Mak aii...saya malu. Nurse cek jahitan czer saya. Ajar cara cuci dan juga cek bahagian sulit. Bukan setakat ajar saya, nurse ajar juga adik2 nurse. Tak silap ada 3 orang adik2 nurse. Masa mereka tengok jahitan tu, saya rasa seriau. Belum mereka pegang lagi. Aduhai. Nurse ajar ambik 5 keping kapas (keping ke??) dan semangkuk air suam. Basahkan satu kapas, perah sikit dan lapkan kat jahitan tu kesatu arah sahaja sekali lalu. Jangan ulang alik sebab ia boleh membawa kepada infeksi atau jangkitan. Ada 5 kapas jadi perlu lapkan @ cucikan 5 kali.
Lepas tu cek baby pulak. Nurse kata ada kuning sikit dan perlu dibawa ke KK berhampiran untuk cek bacaan kuningnya. Dipendekkan cerita Nurin Sofea memang ada kuning dan kuningnya agak tinggi. Saya dinasihatkan bawa Sofea ke bahagian kecemasan Hospital Serdang. Saya tak pergi terus. Instinct seorang ibu selalunya tepat. Saya decide untuk settlekan urusan anak2 yang lain dulu. Nurin & Alya. Packing barang siap-siap. Saya tahu Sofea pasti akan masuk wad. Malam tu kami hantar Nurin & Alya ke rumah mama mertua di BB Bangi. Siap dengan baju dan beg sekolah. Pukul 11 lebih baru kami ke Hospital Serdang. Memang pantas perkhidmatan di kecemasan Hospital Serdang. Sofea perlu di admitkan dan kami dihantar ke NICU pada tengah malam tu.
Saya diberi peluang untuk room in untuk menjaga Sofea tapi saya tak berdaya. Badan sakit-sakit dan keletihan. Keadaan di NICU sangat sejuk. Saya menggigil. Saya minta pulang dan datang balik keesokan harinya.
2 malam di NICU baby Sofea dibenarkan discharged. Bacaan kuning menurun dengan cepat. Doktor buat conclusion yang baby Sofea kurang minum susu. Macam tak percaya tapi well ... Allah knows best.
Alhamdulillah Nurin Sofea boleh balik rumah. Bila balik nurse buat lawatan lagi. Kuning Sofea datang balik. Its prolonged jaundice. Saya tak panik sebab Alya dulu pun prolonged jaundice. 2 bulan. She had breastfeeding jaundice. Nothing to worry about.
Pergi KK doktor refer ke Hospital Serdang lagi tapi ke bahagian Paediatric sebab prolonged jaundice. Sampai sana, jumpa doktor, ambil darah dan urine. 2 minggu lagi baru next appointment dan jumpa doktor. Tengah malam tu saya terjaga sebab Sofea menangis untuk menyusu. Sambil menyusu saya cek handphone ada miss called dari nombor yang tidak dikenali. Pukul 11 lebih. Tidur lena betul sampai tak dengar bunyi telefon. Saya ignore je. Tapi pelik juga sebab nombor tu nombor office dan telefon di tengah malam. Rasa tak sedap hati. Rupanya suami pun dapat missed call dari nombor yang sama. Saya Google rupanya nombor telefon Hospital Serdang. Hmmmm... berdebar debar betul.
Saya call balik, tiada jawapan. Mungkin sebab general line. Pagi pukul 8 lebih saya mendapat panggilan dari nombor yang sama. Doktor paediatric yang call. Dia beritahu saya perlu ke Hospital Serdang seberapa segera iaitu esok sebab bacaan ujian darah menunjukkan anak saya ada hypothyroid. Allahuakbar. Tiada kata-kata. Hanya air mata yang mengalir. Ya Allah aku redha dengan segala ketentuanMu tapi berilah aku kekuatan dan kemudahan untuk melaluinya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: