Kronologi Kisah Hypothyroid Nurin Sofea - CIK MIL MILA

Thursday, June 4, 2015

Kronologi Kisah Hypothyroid Nurin Sofea

Setelah berkali-kali temujanji dengan doktor untuk follow up hypothyroid, akhirnya Nurin Sofea disahkan bebas daripada hypothyroid. Syukur alhamdulillah. Kronologinya agak panjang untuk diceritakan tapi secara ringkasnya begini 

18/3 - ambil darah & urine test untuk investigate prolonged jaundice

1/4 - review result- doktor kata berat baby Sofea tidak memuaskan. Poor weight gain. Saya disarankan untuk breastfeed Sofea dengan lebih kerap. Hari yang sama darah baby Sofea diambil untuk Thyroid Function Tests (TFT) kerana bacaannya agak weird. Appointment seterusnya 2 minggu lagi.

2/4 - dapat panggilan dari hospital. Perlu datang ke hospital segera kerana bacaan thyroidnya tinggi.

3/4 - jumpa doktor. Specialist decide untuk on - kan ubat Thyroxine untuk top up hormon baby Sofea. Ubat diberi untuk 3 minggu. Jika tidak diberi awal, kemungkinan baby menghadapi isu late development kerana hormon ini penting untuk pertumbuhan bayi. Saya konsisten bagi setiap hari, ubat itu saya crush dan dicampurkan dengan EBM sebanyak 1oz dengan menggunakan botol susu. Kali pertama saya beri gunakan shringe tapi baby Sofea tak pandai hendak menelan. Agak sukar buat saya menyuapkannya. Jadi saya dan suami fikir botol susu is the best way. Esoknya kami beli botol susu Avent. Alhamdulillah, lebih mudah. Berat baby Sofea 2.985. Agak rendah untuk bayi berusia sebulan.

17/4 -repeat ambil darah untukTFT

22/4 - review result - hormon terlebih pula. Ubat thyroxine perlu dihentikan serta merta. Berat baby 3.25. Meningkat tapi masih agak rendah untuk bayi seusianya

6/5 - repeat ambil darah untuk TFT

13/5 - review result -hormon dah ok. Paras normal, tapi masih perlu dimonitor.Berat baby meningkat juga walaupun slim (hehe) tapi tak perlu dibimbangkan kerana tetap meningkat.

28/5 - repeat ambil darah untuk TFT

4/6 - review result - syukur alhamdulillah. Nurin Sofea bebas dari hypothyroid.

Saya hadir temujanji tanpa jemu. Kadang-kadang bertemankan suami, kadang-kadang bertemankan Nurin. Nurin terpaksa cuti sekolah SRA untuk menemani saya. Hanya Allah yang akan membalas pengorbanannya.

Saya mahu yang terbaik untuk anak-anak saya. Saya juga sangat berterima kasih dengan pihak hospital, doktor-doktor, nurse-nurse dan sesiapa juga yang terlibat selama saya membawa anak saya untuk mendapatkan rawatan di hospital. Saya berpuas hati dengan perkhidmatannya. Walaupun hospital kerajaan, tapi perkhidmatannya sangat bagus. Memangla perlu menunggu tapi tidaklah terlalu lama. Yang penting perlu datang awal untuk mendapat parking kereta yang berhampiran. Daftar awal di kaunter pendaftaran. Selalunya urusan selesai sebelum pukul 11 pagi.

Paling saya tak suka bila mendengar tangisan baby ketika darah diambil. Sedihnya mendengar dia menangis kesakitan. Nak buat macam mana, sakit sekejap je anakanda.

Di dalam bilik menyusu di Hospital Serdang

Saya suka Hospital Serdang. Kalau mahu selesai awal, datanglah awal. Setiap kali appointment saya akan keluar awal pagi seawal 6.30 pagi. Jadi saya tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Dapat parking yang dekat sangat dengan klinik pakar. Untuk lebih tips, Pm saya ye . Haha.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: