Makanan untuk Bayi Berusia 6 Bulan
Baby Sofea akan mencecah 6 bulan esok. Mama sudah mula teruja untuk menyediakan menu Baby Sofea. Google punya Google, jadi mama sudah dapat idea. Suka sangat. Yang pasti menu untuk bayi 6 bulan ini ialah puri buah-buahan.Langkah pertama, saya keluarkan kesemua peralatan yang berkaitan dengan makanan bayi. Terima kasih kepada adik bongsu busuk saya bagi pinjam "Baby Bullet". Mudahnya ada alatan ini. Makanan untuk 12 hari Sofea seakan-akan selesai. Saya basuh kesemuanya, tos hingga kering dan letak di dapur supaya mudah untuk dicapai.
Baby Bullet |
Selain tu, pengukus juga perlu untuk mengukus buah-buahan dan sayuran. Jika direbus dikhuatiri khasiat dan nutrisinya hilang bersama air rebusan.
Langkah kedua, rancang menu yang sesuai untuk pengenalan 'solid food'. Saya minta suami belikan labu. Suami juga teruja. Bukan labu sahaja yang dia beli. Dia beli juga jambu batu,pisang, epal dan pear. Pisang saya tak sempat bagi kerana sudah habis dimakan oleh kami. Its our favourite fruit.
Langkah ketiga, sediakan bib, sudu dan cawan. Tak sangka bib ini masih dalam simpanan kami. Nurin dan Alya punya. Masih elok lagi. Beli di IKEA. Sudu plastik ini pun mereka punya. Cawan plastik pun dari IKEA. Saya guna lampin ini kerana sangat jarang dipakai. Lampin ni pun ihsan dari adik bongsu saya.
Langkah keempat, kupas buah-buahan. Basuh bersih dan toskan.
Epal Kukus |
Pear Kukus |
Langkah kelima, kukus sehingga betul-betul lembut. Cek dengan garfu. Saya kukus labu dan jambu batu secara berasingan. Apabila masak angkat dan sejukkan.
Labu kukus |
Langkah keenam, masukkan buah-buahan yang sudah dikukus ke dalam blender 'Baby Bullet' bersama sedikit air. Sedikit sahaja supaya tidak terlalu cair.
Epal dalam Baby Bullet |
Isikan ke dalam bekas. Saya masukkan secara selang seli dan set tarikhnya. Terpulang ikut citarasa masing-masing.
Puri Jambu Batu |
Tadaaaa. Siap untuk dibekukan. Setiap pagi sekitar pukul 8 pagi saya defrost di bahagian bawah peti ais sehingga pukul 11 pagi. Kemudian saya keluarkan dan biarkan pada suhu bilik sehingga 11.30 pagi. Sedia untuk dimakan oleh baby Sofea.
Puri Epal Sedia Dibekukan |
Sedia untuk dibekukan |
Puri Jambu Batu |
Bismillahirrahmanirrahim.
Semoga Baby Sofea dapat khasiatnya dan tidak memudaratkan. In shaa Allah.
Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: