Vitamin C Shaklee |
Vitamin C tidak boleh dibuat oleh tubuh manusia malah ia merupakan komponen yang sangat penting dalam diet harian seorang manusia. Ia diperlukan untuk kesihatan secara amnya dan pembaikan tisu di dalam badan kita, termasuklah untuk kulit, tulang, gigi dan tulang rawan.
Kekurangan vitamin C secara berterusan dalam diet boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil 'scurvy'. Gejala penyakit 'scurvy' ini termasuklah mudah lebam, sering mengalami dan sakit sendi dan otot. Kekurangan vitamin C boleh dirawat dengan makanan tambahan vitamin C dan makanan yang kaya dengan vitamin C.
Apakah vitamin C?
Nutrisi yang diperlukan dalam jumlah yang kecil oleh badan untuk mengekalkan kesihatan. Vitamin C ini juga dikenali sebagai asid askorbik. Ia tidak boleh dibuat oleh tubuh manusia tetapi sangat penting dalam diet harian. Vitamin C diperlukan untuk membuat kolagen yang diperlukan untuk kesihatan dan pembaikan tisu dalam badan, termasuklah untuk kulit, tulang, ligamen dan tendon, dinding salur darah juga gigi.
Terdapat pelbagai makanan yang kaya dengan vitamin C termasuklah buah-buahan sitrus seperti oren, anggur, limau dan lemon. Berries seperti blackcurrants, strawberi, raspberi, beri biru dan kranberi. Tembikai dan buah kiwi. Sayur-sayuran seperti bayam, lada hijau dan merah, tomato, kubis bunga, kubis, brokoli, tauge dan kentang. Makanan tertentu seperti bijirin diperkaya dengan vitamin C. Vitamin C juga terdapat dalam susu segar, ikan dan organ dalamanseperti hati
Kira-kira 90% vitamin C dalam diet manusia adalah dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Memasak buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan kandungan vitamin C sekitar 30-40%. Pengambilan harian yang disyorkan dalam diet bergantung kepada umur dan jantina. Jika anda wanita hamil dan menyusukan anak, anda memerlukan jumlah vitamin C yang lebih tinggi dalam diet harian!
Apakah Tanda Kekurangan Vitamin C?
Kekurangan vitamin C dalam badan berlaku kerana kekurangan pengambilannya dalam diet harian. Jika kekurangan vitamin C, kolagen baru tidak boleh dibentuk. Ini menyebabkan pelbagai tisu dalam badan mula rosak dan pembaikan tisu dari masa ke masa menjadi terjejas.
Simptom Kekurangan Vitamin C
Tanda-tanda yang jelas apabila kekurangan vitamin C
- Letih dan lesu
- Sakit otot dan sendi .
- Mudah lebam
- Lebam merah -biru pada kulit anda.
- Kulit kering.
- Rambut bercabang
- Bengkak dan perubahan warna gusi
- Pendarahan secara tiba-tiba dan tidak dijangka dari gusi anda.
- Hidung berdarah .
- Penyembuhan luka yang lama.
- Masalah melawan jangkitan .
- Pendarahan dalam sendi yang menyebabkan sakit sendi yang teruk.
- Perubahan dalam tulang anda.
- Gigi mudah luruh
- Pengurangan berat badan yang ketara
Jika tidak dirawat dengan segera , kekurangan vitamin C juga boleh menyebabkan sesak nafas, masalah saraf , suhu yang tinggi (demam ) dan sawan. Pendarahan di dalam otak dan di sekitar jantung boleh menyebabkan kematian pada sesetengah orang. Walau bagaimanapun , keadaan ini sangat jarang berlaku.
Bagaimana Mencegah Kekurangan Vitamin C?
Kekurangan vitamin C boleh dielakkan dengan memastikan bahawa anda mempunyai diet yang sihat dan seimbang yang mengandungi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
SUSAH NAK DAPATKAN VITAMIN C DALAM MAKANAN HARIAN?
Ya saya setuju susah nak dapatkan vitamin C yang cukup. Apatah lagi sibuk dengan urusan harian. Memasak buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan kandungan vitamin C sekitar 30-40% tau!
Jadi untuk memudahkan tugas kita semua, selain ambil makanan berkhasiat apa kata kita cuba ambil makanan tambahan yang mudah diserap oleh tubuh badan.
SUSAH NAK PILIH VITAMIN C DI PASARAN?
SAYA BANTU ANDA BUAT KEPUTUSAN-PILIH LAH JENAMA SHAKLEE!
- Mengandungi hanya 100% bahan semulajadi-diekstrak daripada kanji jagung ("sumber semulajadi vitamin C"). Ia dihasilkan menyerupai molekul yang sama dalam buah sitrus. Mengandungi 120mg bioflavonoids. Bioflavonoids-meningkatkan lagi fungsi vitamin C, mencegah pengoksidaan vitamin C dalam badan dan mengawal paras kolesterol sihat
- Bersifat Sustained Release- Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya dan ianya dibebaskan setiap jam sebanyak 1.5 hidangan. Dengan mengambil vitamin C Shaklee, vitamin C mampu kekal di dalam plasma darah kita berterusan. Bahasa mudahnya, vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam tubuh. Ini sangat penting kerana vitamin C larut air, dan mudah rosak. Jika kita mengambil vitamin C yang tidak bersifat sustained release, ia akan larut dalam darah dan terus dibuang melalui air kencing. Ia perlu ditop up secara manual untuk mengekalkannya di dalam darah. Mudahnya kalau ambil yang sustained release. Tak payah 'top up' banyak kali
No comments: