Khasiat Wudhu
Hari tu saya ada tengok TvAlhijrah. Rancangan Assalamualaikum, tentang kanser Nasofarink - kanser hidung. Saya bukan pakar nak ulas tentang kanser tu tapi saya nak ulas tentang beruntungnya kita sebagai orang Islam. Menurut kajian saintifik amalan wudhu orang Islam mencegah dari kanser hidung dan kanser-kanser lain. Wudhu sangatlah baik utk kesihatan. Memang tidak dapat disangkal lagi. Ia merupakan Syifa'. Bersifat menyembuhkan. Kata seorang sheikh (saya lupa namanya) selepas ambil wudhu, baca doa lepas berwudhu. Jilat lebihan air dibibir. Kalau ada anak-anak sapukan lebihan air tapak tangan pada muka mereka sambil berselawat. Subhanallah... Sofea selalu ternanti-nanti saat itu.
Sumber: Google |
Saya kadangkala bersin pagi-pagi. Terutama kalau sudah lama tak vakuum rumah. Kadangkala melarat kepada selesema. Vitamin C dan lain-lain supplement memang saya ambil setiap hari (Pengguna tegar Shaklee). Bila ambil wudhu masukkan dalam hidung ikut sunnah nabi. Tadah air dengan telapak tangan. Berkumur sedikit dari sebahagian air itu dan selebihnya masukkan ke dalam hidung dan hembus keluar. Buat 3x.
Setelah diamalkan setiap kali mengambil wudhu saya rasa banyak bezanya. Bukan sahaja lebih segar malah saya sudah kurang selesema atau bersin pada waktu pagi.
Masha Allah. Betapa Allah sangat kasihkan kita makhluknya. Sanggupkah kita berkorban masa @ memberi pinjaman untukNya?
Surah At-Taghabun 64:17
Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).
Ramadhan Kareem buat semua muslimin muslimat. Maaf zahir batin.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: