Orang Dewasa Pun Boleh Kena Jaundis
Ahad 26hb Jun, 2016. Malam.
"Kenapa muka Kak Mil kuning?"
Tegur adik ipar saya sewaktu saya mahu pulang dari rumah ibu mertua. Saya singgah sebentar dari Uptown Kajang sebelum pulang ke Puchong kerana anakanda Alya mahu membuang air besar. lebih selesa di rumah mertua.
Tergamam seketika lepas mendengar soalan itu. Cepat-cepat saya mencari cermin dan melihat wajah sendiri. Ya. Memang nyata jelas wajah saya berwarna kuning. Paling ketara mata putih saya berwarna kuning. Allah. Jantung berdegup kencang. Cuba bertenang. Lepas mengucapkan selamat tinggal saya dan meluru masuk ke dalam kereta. Saya tanya suami kuningkah muka saya? Suami cakap dia tak tahu. Mana nak perasan kan kalau sudah selalu menatap wajah ini.
Kami pulang ke Puchong. Anak-anak lena tidur kerana kepenatan dan bermacam-macam persoalan bermain di minda. Perlukah saya dapatkan rawatan? Saya tidak menjangka perkara ini akan berlaku kepada saya seawal ini. Mungkin saya terlalu positif. Terjawab lah soalan selama ini mengapa saya terlalu letih dan lesu pada bulan puasa ini. Lebih lesu berbanding tahun lepas ketika usia Sofea 5 bulan. Saya sangkakan saya terlalu letih kerana berpuasa dan menyusukan Sofea. Rupanya itu hanyalah sebab kecil sahaja. Ada sebab yang lebih serius.
Orang dewasa pun boleh kena jaundis kalau ada masalah hati.
Inilah wajah saya keesokan harinya. Nyata ketara kuningnya.
Jaundis |
Panjang lagi saya nak cerita sebenarnya, tapi cukuplah setakat ini dulu. Saya nak korek balik gambar-gambar dan screenshot komunikasi saya dengan doktor yang merawat saya supaya pembaca lebih faham situasi dan penyakit yang saya lalui ini. Niat saya satu semoga ianya memberi manfaat kepada orang lain yang mungkin senasib dengan saya.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang Shaklee.
Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: