Rabu 29hb Jun. 2016.
Setelah berbincang dengan suami dan doktor yang terlibat, saya perlu menyerah diri ke Hospital Ampang pada hari Khamis. Jadi saya perlu buat persiapan. Anak-anak akan dicutikan dua hari sebelum bermulanya cuti persekolahan sempena hari raya. Saya pula sibuk menyiapkan tempahan Almond London sebanyak mungkin. Walaupun ada yang terpaksa dibatalkan saat akhir. Maafkan saya wahai pelanggan setia. Keadaan kesihatan tidak mengizinkan.
Suami sudah menguruskan GL untuk kemasukan wad. Saya siapkan baju seolah-olah akan bercuti di hotel. Haha. Malamnya, suami menghantar anak-anak ke rumah mama mertua. Syukurlah masih ada yang boleh menjaga anak-anak. Sedihnya tak terkata tapi tidaklah saya tunjukkan kepada mereka.
Ini baru permulaan bagi segala-galanya.
No comments: