Resepi Sambal Kering Tempe, Kentang, Ikan Bilis dan Kacang - CIK MIL MILA

Thursday, September 28, 2017

Resepi Sambal Kering Tempe, Kentang, Ikan Bilis dan Kacang

Dah lama saya buat sambal kering ini, tapi nak menaip resepinya agak tertangguh. Maklumlah malas dan sibuk dengan alasan. Bila teringin nak makan lagi, saya upload la dalam FB kalau-kalau ada sahabat yang jual bolehlah saya membelinya. Sebaliknya ada sahabat yang nak order malah ada yang minta resepinya. Mudah aje, jom saya kongsikan di sini.


Resepi Sambal Kering Tempe, Kentang, Ikan Bilis dan Kacang 


Resepi Sambal Kering Tempe, Kentang, Ikan Bilis dan Kacang 

Bahan-bahan

3 biji kentang
Semangkuk ikan bilis kopek 
Setengah mangkuk kacang tanah
2 paket tempe
Minyak untuk menggoreng

Untuk sambalnya

*20 tangkai cili kering-buang biji dan rebus sehingga mendidih.
*3 biji bawang merah
*2 biji bawang putih
Gula dan garam secukup rasa
sedikit air asam jawa

Bahan bertanda * di blender dengan air.

Cara-cara

Kupas dan basuh kentang bersih-bersih. Sagat dengan menggunakan penyagat. Memanjang dan halus. Lebih kurang besar batang mancis. Panaskan minyak. Goreng tenggelam supaya garing. Boleh juga tambah sedikit garam ke dalam minyak panas untuk mengelakkan kentang melekat-lekat. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Basuh bersih ikan bilis dan goreng sehingga garing. Jangan sampai hangus pula ya. Angkat dan toskan.

Kacang tanah ni saya memang selalu goreng hangus. Jadi, pastikan api tidak terlalu panas dan goreng dengan api sederhana. Agak-agak macam dah nak garing perlahankan api dan angkat. Kalau lambat boleh hangus tau. Saya selalu kena. Angkat dan toskan.

Tempe pula dihiris senipis mungkin. Goreng garing. Angkat dan toskan minyaknya.

Dari kiri, kentang, kacang tanah dan tempe
tempe sedang digoreng


Jom kita buat sambal sira nya pula

Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang diblender dengan api sederhana. Ini akan mengambil masa kerana sambal yang diinginkan ialah yang pekat dan garing. Setelah agak-agak kering, tambahkan gula, air asam jawa dan garam. Biarkan lagi sehingga sambal pekat.

Setelah sambal menjadi pekat dan garing, rasa sambal tu. Kalau ada kurang di mana-mana tambah gula ke garam ke. Matikan api dan sejukkan. Ini untuk mengelakkan kentang menjadi lemau.

Selamat mencuba ya. Senang je sebenarnya, tapi agak penat juga sebab perlu menggoreng banyak kali. Resepi ini dapat sedikit je tau. Untuk 3-4 orang sekali makan. Kalau mahu buat banyak gandakanlah 10x ganda. Haha.

Makan dengan bubur kosong
Sedap betul bila makan dengan bubur kosong dan sayur goreng kilas. Sayur tu suami yang masak. Memang sedap.

Harus diingat, resepi ini menggunakan minyak yang banyak tau. Pastinya kolesterol tinggi. Kalau nak makan juga, pastikan ambil suplemen yang berkualiti untuk mengawal kolesterol dalam badan. 

Kalau nak order vitamin Shaklee atau nak jana pendapatan sampingan pun boleh je PM saya ok.

Normila 019 2250752


No comments: