Testimoni GLA

9:59 PM

Malam ni saya ditinggalkan suami dan anak-anak. Sadisnya ayat. Sob sob sob. En suami saya bawa anak-anak pergi Tesco Bukit Puchong. Chef nak cari barang dapur yang semakin kekurangan. Isteri kesayangan dia buat-buat penat sebab nak mengupdate blog dan FB Fan Page. Kalau buat-buat tak penat kena paksa pergi sekali. Bukan tak nak pergi, tapi dapur saya tunggang langgang ni. Alasan nak kemas.

Al-kisahnya, di pejabat tadi macam tak cukup masa sangat, sampai rumah lepas angkat baju di ampaian terus singsing lengan masuk dapur. Dah janji dengan En suami nak masak. Julung-julung kalinya. Jangan pelik la ye. Memandangkan saya yang memasak dinner hari ni, maka nya kerja-kerja pembersihan dapur saya tangguhkan seketika. Pause kejap sebab nak mandi dan solat maghrib. Lepas itu makan. Dah makan, saya rehat kejap.  Kalau dah berhenti sekejap, jawabnya bercinta la nak masuk dapur balik.

Gambar masakan saya??

Owh tak ambil pun. 

Sebab sudah lapar sangat. baca doa makan terus ngappp...Hehehe...Menu simple dimple. Sambal sotong, kangkung goreng belacan (anak saya Alya cakap bau busuk-masa saya tumis) dengan sambal kentang kicap. Habis licin. Alhamdulillah. Merasa juga anak-anak air tangan mama dia. Tak lepas zikir supaya anak-anak lembut hatinya dengan saya ni.

Tajuk Testimoni GLA, tapi cerita melalut sampai ke dapur orang...Muahahhaa...

Jom layan...

Konon-konon Wordless Wednesday la!







Saya juga sedang ber-istiqamah dengan GLA. Period saya kembali normal. Kalau tak dulu...eh..dah pernah cerita kan sebelum ni kat SINI

Anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

2 comments

  1. Like! Doakan GLA berkesan utk i jugak ye.. usaha, tawakkal...

    ReplyDelete
  2. i doakan u fara mendapat manfaat dari GLA ni. yang penting istiqamah dan doa. Dah ramai yang dapat manfaatnya terutama I..hehe..

    ReplyDelete