Pesanan Berharga - CIK MIL MILA

Tuesday, August 6, 2013

Pesanan Berharga

Sumber: FB Prof Dr Muhaya

Betapa isteri mengeluh kerana perangai suami yang tidak tahu ugama. Semoga yang belum berkahwin bukan hanya niat kahwin kerana pandanagn masyarakat tetapi anggap perkahwinan utk ugama Allah. InsyaAllah mendapat jodoh yang baik jika kita wanita baik. Bagi muslimat yang tidak menjaga aurat, solat dan pergaulan bayangkan lelaki yang macam mana ingin memperisterikan kita. Lelaki yang baik akan mencari wanita yang baik. 
Utk dpt jodoh yang baik bukan kita cantikkan fizikal yg sementara tetapi cantikkan keimanan. Semoga kita audit diri dan bakal suami atau isteri utk mengelak masaalah di kemudian hari. Rancanglah hidup selepas kahwin utk ke syurga atau neraka bukan majlis perkahwinan yang cuma satu atau dua hari yang menjadi pandangan manusia sahaja. 
Para isteri yang ingin berkongsi masaalah dan meminta pertolongan sila lihat diri perbetulkan diri kerana semua masaalah bermual dari cara kita berfikir dan bertindak. Maka perbetulkan fikiran dengan ilmu ugama dan insyaAllah masaalah akan dimselesaikan bila hubungan dengan Allah mantap. Jangan mahu menyalahkan sesiapa dan ingin mengubah orang tetapi lihat diri dan ubah diri. Kurangkan menonton perkara duniawi tidak berfaedah sebaliknya dengar, tonton dan baca ilmu ugama. Selepas bertahun belajar tinggi tetapi tidak bahagia kerana ilmu dipelajari harus diniatkan utk beri manafaat bukan utk kebanggaan. 
Semoga kita perbetulkan niat dalam setiap amalan. Jika bukan kerana Allah semua sia sia. Bila berpakaian bayangkan syaitan gembira atau tidak. Jika membuka aurat syaitan bertepuk tangan dan semakin menjadi kawan. Semoga kita diberi kekuatan buat perubahan. Jika anak degil lihat kedegilan kita dengan Allah.
*Saya setuju sangat. Bila kita bersedia untuk berubah, dan berubah sikit demi sedikit, niat kerana Allah, in shaa Allah, Allah bantu dan permudahkan. Perasan atau tidak orang di sekeliling kita pon akan respon yang sama.Ubah diri sendiri dahulu.
Ya Allah, peliharalah kami seperti mana Engkau memelihara orang-orang yang soleh.

No comments: