Di saat semua orang sedang menghitung hari tahun baru 2013, kami sekeluarga telah dikejutkan dengan berita kehilangan insan penting dalam hidup suami. Ayahanda mertua saya Abd Hanan b Ramdzan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.55petang , Ahad 30 Disember, 2012 bersamaan 17 Safar 1434 Hijrah.
Daripada Nya kita datang, kepada Nya kita kembali.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
Saya memohon maaf sekiranya arwah ada membuat sebarang kesalahan. Halalkan apa yang terambil. Mohon juga sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Al-Fatihah.
No comments: